Artis / Selebriti
” Dah berumur tapi masih bujang.. ” – Al-Sultan Abdullah
Video Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Bersama Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Menyambut Hari Keputeraan, YAM Tengku Hassanal Raih Perhatian Warganet. Alahai Ayahanda, Sempat Mengusik Anakanda. Ini Respon Tengku Hassanal !!
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok Pekan Kite, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meraikan hari keputeraan putera mereka, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hari keputeraan sebenar Tengku Hassanal masih belum tiba iaitu pada 17 September tetapi ianya tetap disambut dengan meriah dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh Sultan Abdullah, Tunku Azizah dan Tengku Hassanal. Menerusi video ini, semua yang berada di dalam dewan tersebut turut sama menyanyikan lagu happy birthday bersama-sama Sultan dan Permaisuri.
Tengku Hassanal seperti biasa, tetap dengan senyuman manisnya yang tidak lekang dari mulut. Tengku Hassanal mengucapkan terima kasih dan bersalaman bersama ayahanda dan bondanya itu. Sultan Abdullah seringkali menyakat Tengku Hassanal mengenai jodoh dan kali ini juga pertanyaan itu diutarakan lagi untuk anakandanya.

Kata Sultan Abdullah, Tengku Hassanal ini sudah berumur tetapi tuannya masih lagi bujang. Sambil tersenyum, Tengku Hassanal mengatakan tunggu sambil membuat isyarat tangan. Seronok warganet melihat keluarga diraja ini yang selalu sporting dan berjiwa rakyat.
Jom tonton video di bawah :
@pekan_kite Semoga Tengku Mahkota Pahang cepat bertemu jodoh. InshaAllah. #kesultananpahang @Berita Pahang @kesultananpahang #fyp
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semoga d beri kesihatan terbaik buat Sultan n Sultanah Pahang n Tengku Hassanal untuk terus meneraju PAHANG. Allah Selamatkan Tengku Hassanal.. “
” Happy bday Tengku Hassanal… semoga sihat selalu dipercepatkan jodoh bahagia di dunia akhirat. Amiin. aunty pun baru bday 07/09 smlm.. “
” Happy bestday Tengku Hassanal semoga panjang umur di murahkan rezeki selamat dunia akhirat.. “
” Alaaaaa sportingnya keluarga diraja pahang… suka sangat .. walaupun kita bukan dari pahang.. Selamat ulang tahun Tengku semoga cepat bertemu jodoh.. “
” Happy bestday tengku hassanal semoga panjang umur sihat selalu dan jumpa jodoh yg dicari Tengku Hassanal sejiwa dengannya.. “
” Happy birthday Tengku semoga bertemu jodoh secepat mungkin yang solehah seperti Tuanku Permaisuri insyaallah aamiinn yarabbalalaminn.. “
” Ya ALLAH jawapan Tengku Hassanal pun dah macam kita-kita, tunggu dan lihat jee. slmt hariulangtahun kelahiran tengku… semoga cpt berjodoh yg bersesuaian ya.. “
Siapakah gerangan yang bertuah dapat memikat hati Tengku Putera Mahkota Pahang ini. Tidak hanya rakyat jelata Pahang, malah seluruh negara ternanti-nantikan Tengku Hassanal mengakhiri zaman bujangnya itu. Apa-apa pun, semoga Tengku Hassanal bertemu jodoh yang baik dan solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Pekan Kite
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

