Connect with us

Artis / Selebriti

” Uishhh, baju Rizqaa ni lagi lawa daripada baju Frozen tu.. ” – Netizen

Video Sambutan Hari Lahir Anak Pereka Fesyen Terkenal, Rizman Nordin Iaitu Rizqaa Yang Ke 3 Tahun Raih Perhatian Ramai. Wah Cantik Betul Dekorasi Birthday Rizqaa, Macam Fairy Tales. Baju Rizqaa Pun Lawa Sangat !!

Setiap tahun apabila tibanya hari lahir Rizqaa, Rizman Nordin dan isterinya, Nurida Suraya pasti akan mengadakan sambutan dan majlis yang gilang gemilang buat Rizqaa. Tahun ini merupakan tahun ketiga buat Rizqaa menyambut hari lahirnya.

Meninjau ke akaun Instagram Rizman, perkongsian sebuah video sambutan hari lahir anaknya itu telah meraih perhatian ramai. Tahun ini tema hari lahir Rizqaa diinspirasikan daripada kartun animasi Frozen dan Rizqaa menjadi Elsa.

Setiap tahun, pakaian bersempena hari lahir Rizqaa sering menjadi tumpuan. Begitu juga buat tahun ini yang mana baju Rizqaa dalam versi Elsa nampak sangat cantik. Ramai menyatakan baju Rizqaa lebih cantik berbanding baju asal animasi tersebut.

Dekorasi yang disediakan juga sangat cantik dan mempersonakan seperti berada di alam fantasi. Kek Rizqaa juga sangat unik berbentuk istana dan kesemuanya berwarna biru dan putih seperti warna tema animasi Frozen. Wah, bertuah sangat Rizqaa.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, perkongsian ini dihujani dengan ucapan hari lahir buat Rizqaa. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Cantek Rizqaa comel macam princess Happy birthday semoga sehat2 selalu murah rezeki.. Mix mom and dad.. sempurna ciptaan Allah.. “

” Photogenic sungguhlaaa rizka ni ikut mommy diaa . Happy bday cantik . Uishhh baju dia ni lagi lawo drpd bju feozen tu.. “

” Cntik sungguhlaaaa leh nmpk dh besaq ni lagumana adik ui …herlokk . Cantik dan comel nye dia. Ni masuk miss ni menang ni.. “

” MasyaAllah, tabarakallah… Smga menjadi anak solehah… Barakallahu Fii Umriik Rizqaa.. Semoga rizka menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia n akhirat..aamiin.. “

” Cantek Rizqaa comel macam princess Happy birthday semoga sehat2 selalu murah rezeki.. lovely princess, and family. Happy Birthday Rizqaa.. “

” Setiap kali besday …mst excited nk tgk baju dia.. Happy birthday Rizqaa. Semoga panjang umur, murah rezeki sihat dan jd anak yg solehah.. “

” Wow Matchy Matchy Happy birthday to the cutest girl in town.. Lawanya baju Rizqaa, Happy Birthday to you .. Beautiful family .. “

Comel dan cantik sangat Rizqaa. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke tiga tahun buat Rizqaa. Semoga membesar menjadi anak yang baik, taat kepada ibu bapa dan berjaya dalam kehidupan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rizman 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT