Artis / Selebriti
” Like father like daughter. Semua yang dia pilih cantik, pandai fesyen lah Rizqaa ni.. ” – Komen Netizen
Atas permintaan ramai, pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin kongsi video menyiapkan anak sulungnya, Rizqaa. Wow, daripada baju, aksesori fesyen, Rizqaa yang pilih sendiri. Memang mewarisi bakat daripada daddy lah Rizqaa ni..
Nama pereka fesyen, Rizman Nordin memang dikenali ramai. Ramai golongan selebriti tanah air dan VVIP yang mendapatkan khidmat daripada Rizman untuk menghasilkan baju idaman mereka. Rizman juga terkenal dengan sahabat baiknya, Ruzaini yang membangunkan jenama mereka sendiri iaitu Rizman Ruzaini.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Rizman, telah dikongsikan video yang memaparkan Rizman menyiapkan anak sulungnya, Rizqaa untuk berfesyen. Kata Rizman, video ini dibuat atas permintaan ramai untuk melihat bagaimana Rizman mencantikkan Rizqaa.
Menerusi video tersebut, Rizman menyuruh Rizqaa memilih gaun yang ingin digayakannya. Selain itu, beberapa aksesori seperti pengepit rambut, beg dan kasut juga adalah pilihan Rizqaa sendiri. Bukan itu sahaja, gaya rambut juga Rizqaa mahu mengikut cita rasanya.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan Rizqaa juga mempunyai minat di dalam bidang fesyen seperti ayahnya. Malah, telatah Rizqaa ketika bercakap juga membuatkan ramai yang suka melihat keperibadian si kecil ini.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsia oleh Rizman dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Like father like dotter. Semua yang dia pilih cantik, pandai fesyen lah Rizqaa ni. ini akan jadi one of your favourite memories bila Rizqa dah besar besok… This is just PRECIOUS, and she is so beautiful.. “
” Alhamdulillah.. Rezeki Rizqaa ank yg comel manis ni lahir dlm keluarga yg cukup semuanya.. Ada potential jd fashion designer jg ni..”
” Impian semua kanak2 ni.. Bangun2 pilih baju gown kembang2, set rambut pilih kasut pilih bag.. Mcm dlm fairytales.. Untungnyaaaa awak Rizqa.. “
” Ni yg org ckp anak patung hidup…Tgk daddy siapkan pinses teringat masa kita kecik2 dulu main patung tukar2 baju.. comelll sgt pinses ni.. “
” Tak sabar tunggu wedding Rizqa nanti.. Mesti daddy buatkan baju pengantin paling istimewa dan cantik untuk Rizqaa.. Loveee nya.. “
” Aduh terasa tua… Dulu masa lockdown tiap2 hari folow budak tecik ni di-dressup kan oleh daddy dia sebelum pandai jalan lagi , now dah besar.. “
” Dia memang princess.. Suka betul tengok dia dari kecil lagi.. Comel betul muka dia, muka manis, tak senyum pun dah nmapk manis.. “
Alahai cantik sungguh Rizqaa bergaya. Komen warganet, mereka tidak sabar untuk melihat Rizqaa menjadi dewasa kerana ingin melihat persiapan perkahwinannya nanti yang dibuat sendiri oleh ayahnya. Pasti hasil persiapan oleh Rizman untuk puterinya akan memukau pandangan ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rizman.n
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

