Artis / Selebriti
” Torbaik Mak Jenny, dio sekolahkan Nubhan, haha.. ” – Komen Netizen

Video Nubhan Bersama Mak Jenny Berbual Mengenai Wang Pencen Buat Ramai Terhibur. Sekali Wang Pencen Tak Dapat Dikeluarkan, Nubhan Juga Disalahkan. Kelakar Betul Mak Jenny !!
Meninjau ke akaun Tiktok Nubhan, perkongsian sebuah video yang memaparkan Nubhan bersama ibunya iaitu Mak Jenny telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan di dalam sebuah kenderaan ketika dalam perjalanan ke bank mengeluarkan wang pencen.
Kedua anak ber4nak ini sempat lagi berbual mengenai wang pencen tersebut. Nubhan cuba bergurau dengan ibunya untuk menggunakan wang pencen tersebut untuk bersuka ria. Namun respon yang diberikan oleh Mak Jenny membuatkan ramai terhibur. Alamak, disekolahnya Nubhan oleh Mak Jenny.
Akhirnya Nubhan hanya sekadar meminta untuk dibelanjakan makan. Setibanya di bank, kedua anak beranak ini sudah pun lewat kerana bank sudah pun tutup. Hasrat Mak Jenny untuk mengeluarkan wang pencen pada hari tersebut terpaksa ditangguhkan.
Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tidak hanya di situ, Mak Jenny sempat menyalahkan Nubhan kerana tidak dapat mengeluarkan wang pencen. Alahai, sabar je la Nubhan.
Jom tonton video di bawah :
@nubhan86 Begaduh pasal duit pencen dgn mak jenny mmg tiada kesudahan🤣🤣🤣 #fyp #omakjenny #nubhan #fypシ
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Hahaha .torbaik mak jenny ..dio sekolah an nubhan….bior la berkat berkat sikit. dia ni macam pelakon korea la yg dalam cerita Love In Contract.. “
” Rezeki dia melimpah sbb 1 yo..dio jago omak err..sekali omak dio doa x do hijab..insyllah allah tunaikan.. Selalu terhibur dgn Omak jenny… Tq Nubhan. Dpt Ubat sikit Rindu kek omak.. “
” Mak jenney xsedar ke dia dduk sblh atm dlm keta tu.. Hahahhaha udah tutup pulak cimb bankknya.. suka tak telatah mak Jenny.. “
” Buatkn kad nubhan..senang..xyah dh tggu bank bukak ke ttup.. Mak jenny kayo dh jual ghondang. Apo barang duit pencen.. “
” Dengar mcm mak Jenny sebut buku simbi bank..comel betul.. p bali semato nk makan aiskrim. sini bersepah aiskrim kelakar mak jenny. sedap dgr dia ckp n9 .. “
” Goyang² … ronggeng²… niat dah goyang & ronggeng nubhan … betul mak jenny, niat tu x berkat.. suka tengok mak jenny marah nubhan.. “
” Hmm tgk video ni teringat arwah nenek, sy sllu bwk dia amik pencen. dia sllu ingt bulan ni belum amik, kito kata dh amik. tp dia lagi kuat ingatan.. “
Seronok mendengar perbualan dua anak beranak ini dalam loghat Negeri Sembilan. Kalau berbual dengan Mak Jenny ini, pasti ada sahaja perkara yang menghiburkan. Telatah Mak Jenny ni sememangnya secara spontan sahaja. Semoga Mak Jenny sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nubhan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen