Artis / Selebriti
” Tidaklah semudah itu apa yang saya buat, siapa nak kahwin tapi tak bahagia.. ” – Siti Khalizah
Video isteri Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan menjawab soalan netizen mengenai isu fail penceraian ketika sedang live. Ini penjelasan Khalizah dan apa yang sebenarnya yang terjadi..
Sekitar pada bulan Jun yang lalu, warganet dikejutkan dengan berita isteri kepada pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi sebutan pertama perceraiannya bersama Fikry.
Namun Fikry pula menafikan berita itu dan menegaskan isterinya ke mahkamah untuk menarik balik semula permohonan cerai tersebut. Alasan yang dimaklumkan oleh peguam Khalizah pada waktu itu adalah tiada persefahaman lagi antara Khalizah dan Fikry.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hibglam dan Kosmo Online, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Khalizah. Ada satu komen daripada viewer yang menarik perhatian Khalizah pada waktu itu berkenaan isi cerai semata-mata untuk content dan marketing.

Kata Khalizah, ianya tidak benar kerana apa yang terjadi semuanya ujian daripada Allah untuk mereka suami isteri. Tambah Khalizah lagi, dia tidak menuding jari kepada sesiapa kerana dirinya juga tidak sempurna dan mungkin ada silap dari pihaknya juga sehingga tercetusnya tindakan menfailkan penceraian itu.
Jom tonton video di bawah :
Khalizah juga mengatakan apa sahaja yang terjadi dalam rumahtangganya bersama Fikry, hanya dia dan Fikry yang tahu dan tidak perlu untuk mereka bercerita kepada umum. Untuk masa sekarang, pasangan ini sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka ke arah yang lebih baik.

Asam garam rumahtangga, ada masanya pasti terjadi perselisihan faham, apatah lagi untuk pasangan yang baru berkahwin. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar rumahtangga Khalizah dan Fikry ini berkekalan sampai ke akhir hayat dan hidup dengan aman damai selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hibglam, IG Fikry Ibrahim, IG Khalizah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebak tengok Ayden peluk YB. Touching bila YB peluk dan usap macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Know that we are always here watching you both from afar sayang.. ” – Siti Hafiza
-
Artis / Selebriti5 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ara terkejut, terkesima dia. Daddynya penat pun ada juga masa luangkan untuk anak-anak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mahu fokus bina rumahtangga dahulu.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Di depan orang yang kita sayang, memang kita jadi superhero. Di depan orang yang kita tak sayang.. ” – Raf Yaakob

