Artis / Selebriti
” Tiba-tiba dah bujang, handsomenya anak teruna Linda ni.. ” – Netizen
Linda Jasmine muatnaik gambar sempena hari lahir anak sulungnya, Qalif Khan raih perhatian ramai. Wah semakin besar, semakin handsome lah Qalif. Ada yang kata iras muka Que masa muda-muda dulu..
Umum mengenali Linda Jasmine yang merupakan bekas guru tarian program Akademi Fantasia. Mendirikan rumahtangga bersama Que Haidar dan dikurniakan dengan 2 orang anak, Linda juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu bernama Qalif Khan.
Meninjau akaun Instagram Linda Jasmine, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Qalif bersama kek hari lahirnya. Tahun ini genaplah usia Qalif yang ke 23 tahun. Wah anak teruna Linda ni semakin besar semakin kacak dan segak bergaya.
Que juga menulis ucapan hari lahir khas untuk Qalif di akaun Instagram miliknya. Mendoakan agar birthday boy ini sentiasa sihat dan terus success dalam hidup, Que juga berharap agar Qalif mempunyai masa depan yang cerah pada masa akan datang.

Melihat kepada wajah Qalif ini, ramai yang memuji ketampanan wajahnya. Ada yang mengatakan sekilas pandang, wajah Qalif ini sudah kelihatan seiras dengan wajah Que. Tentu ramai anak-anak gadis yang meminati anak bujang Linda ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Muka qalif dh seiras dengan daddy, itu lah serasi namanya. Happy Birthday handsome boy.. “
” Ehhhh sejak bila dia dah besar, terasa dah tua pulak diri ni hehe. How time flies from just a kid turns to a young man. Hb Qalif. Long way to go.. “
” Happy birthday Qalif . Terasa dah tua nie, sebab tengok Qalif dari AF 1 dulu. Cepatnya dia besar. Semoga qalif menjadi anak yang soleh kepada ibu dan daddy.. “
” Aaminnn… semoga doa yg terbaik makbul buat Qalif.. anyway, itu hidung ke pembaris ? Hehhehe.. helokkkk la anak oiii.. “
” Happy birthday handsome boy, makin besar makin segak. macam tengok que zaman muda dulu, ada iras.. “
” Tah1 lalat manis macam daddynya. Bila besar terus bertukar handsome ni, happy birthday young man.. “
” Wow… hencem boyyy dah beso. Semoga dimurahkn REZEKI diberi kesihatan yg baik semakin hencem selalu jdi ank YG taat PD kedua ibubapa & perintah Allah amin2.. “
” Tiba-tiba dah bujang, handsome nya anak teruna que ni. Happy birthday Qalif, semoga berkat usianya dan success dunia akhirat.. “

Qalif kelihatan begitu segak dengan berwajah manis dan berhidung mancung. Selamat ulangtahun kelahiran Qalif daripada kami di Berita Kopak. Semoga bertambahnya usia, Qalif dikurniakan Allah kejayaan dan kebahagiaan setiap masa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG The_haidars, IG Linda Jasmine , IG qalifff
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

