Connect with us

Artis / Selebriti

” Terus teringat scene hempas helmet haha, sumpah lawak.. ” – Netizen

Shuib Sepahtu Kongsi Gambar Bersama Mamat Sepah Buat Ramai Teruja. Alahai Ramai Yang Rindu Dengan Trio Sepah Dulu-Dulu. Kapsyen Shuib Pun Lawak, Sempat Lagi Eh Mengusik Mamat !!

Kumpulan lawak Sepah suatu masa dahulu pernah menjadi kumpulan kegemaran ramai. Banyak  pertandingan yang mereka sertai dan ada banyak yang dimenangi antaranya Maharaja Lawak Mega. Sepah ketika itu antara kumpulan pelawak generasi baru yang disukai selepas Senario.

Namun jodoh mereka tidak panjang dan hanya Shuib dan Jep meneruskan Sepahtu selepas itu. Jadual yang padat dan banyak komitmen lain, Sepahtu original tinggal Jep seorang sahaja dan ramai yang merindui untuk melihat Shuib, Jep dan Mamat bergabung semula.

Meninjau akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Shuib bersama Mamat. Lama sungguh 2 sahabat ini tidak bertemu mata dan ianya mengubati kerinduan peminat untuk melihat mereka bersama. Shuib seperti biasa, ayatnya tak pernah tak lawak.

Tulis Shuib di ruangan kapsyennya, lama tidak berjumpa Mamat tetapi wajahnya tetap sama. Melihat gambar ini, mula lah warganet terbayangkan scene lakonan mereka berdua dalam filem Bujang sepah lalalitamplom dulu. Sampai sekarang pun masih ramai yang layan movie ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Shuib ini sehingga kini telah pun meraih lebih 98 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Okay next Jepppp.. Kami semua rindu.. Okay sapa setuju Like sini.. naik sama sama dulu bohonglah klu x rindu kwn baik kn.. ”

” Sepah is legend.. Raya mesti kena ada sepah.. Rindu sahabat sahabatku si sudu dan di jagung ni.. ”

” Terus teringat scene hempas helmet haha. Part tu aku terkejut, helmet takde span oo haha.. Bujang sepah lalalitamplom.. sumpahh lawakk gilerr.. ”

” Auto ingt merewang mse maharaja lawak , “laki kau kje ape senah ? jage toilet” makan pasir la kau anak branak senah haha.. sumpah rindu geng sepah dulu.. ”

” Bang aku tk mintak banyak pon..Mintak Sepah comeback je.. Aku layan korang ni dari Raja lawak musik ke 3 minggu pertama lagi.Sampai skrg wow.. ”

” Keno ejah sore lg tu. bulan ramadan ni, molek bergabung. Bru kemah boh.. sy doakan yg terbaik utk set demo bertiga.. aamin.. ”

” Shuib, Mamat, Jep comeback la semula. Rindu lawak korang bertiga.. Kembli kan nostalgia sesama naik dulu please.. rindu nk tgk gabungan btiga blakonn lalalitamplommm.. ”

Ramai warganet terutamanya peminat setia Sepah berharap agar Shuib, Mamat dan Jep dapat bersama semula. Siapa sahaja yang tak rindu Sepah yang legend ini. Tengok lawak Sepah, tetap mengekek ketawa walaupun sudah berpuluh kali ulang cerita sama. Moga satu hari nanti, impian ramai untuk melihat Sepah kembali boleh tercapai.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib, IG Mamatsepah, ig muhdzukrie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT