” Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yang tidak sempurna ini.. ” – Nora Danish

Video Nora Danish Menang1s Kegembiraan Kerana Berjaya Khatam Alquran Buat Peminatnya Seb4k. Mendengar Ayat Yang Nora Ungkapkan Lagi Buat Peminat Ikut Menang1s. Allahu Akbar !!

Ramadhan kali ini sangat berbeza dan membawa beribu pengertian buat seluruh negara. Hadirnya di saat PKP berlangsung memberi banyak ruang dan masa untuk beribadat dan melakukan perkara kebaikan. Tidak hanya orang awam malahan golongan selebriti juga mendapat manfaat dari PKP ini.

Keindahan Ramadhan pasti diiringi dengan khatam quran selain amal ibadat wajib. Ini turut digunakan sebaiknya untuk aktress cantik Nora Danish. Kekangan masa dan jadula yang padat pada tahun-tahun sudah sering membuatkan dirinya terbatas dalam melakukan ibadat sunat.

Memandangkan semua aktiviti seni tidak lagi dibenarkan, Nora yang mempunyai banyak waktu di rumah akhirnya berjaya mencapai impiannya untuk khatam Alquran yang sudah bertahun terpendam. Memasang niat untuk sedekahkan pahala itu buat arw4h bapanya, kejayaannya hari ini diiringi air mata.

Menerusi akaun Instagram, Nora Danish berkongsikan satu video yang memaparkan kegembiraannya apabila berjaya khatam Al-Quran. Air mata gembira dan syukurnya kerana dipermudahkan Allah itu buat peminat ikut sayu. Alhamdulillah Allah sebaik-baik perancang dan pemudah.

Jom tonton video di  bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )

View this post on Instagram

Ya Allah , Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Mcm tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan 😢 SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun 🙏🏼 Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini 😢SesungguhNya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang , tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu , Jadi saya pula start mengaji 😍 Aturan Allah 💜 Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, 😘 u pendorong semangat I. Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik. Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini. Allah Maha Mendengar. Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini. Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta💜 Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari 🤦🏼‍♀️😬 Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan 🥰

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Perkongsian Nora ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :

” I pulak yang nang1s watch your video . Alhamdulillah for khatam, so inspiring to all of us.. “

” Alhamdulillah. Ok kita nang1s jugak sebab happy jugakkk sebab nang1s jugakkk. BIG HUG.. “

” Alhamdullillah , so happy for you babe. Tahniah . Inshaallah sama-sama kita berkongsi kebaikan bersama . ( why lah nangis pun comel u nih ).. “

” Alhamdulillah, kita pun ikut seb4k.. “

” Alhamdulillah kak nora.. Allah sayang kak nora.. “

” Seb4knya ya Allah.. I feel you nora.. Moga Allah terima ibadah kita insan yang tak sempurna nie.. In shaa Allah aamiin.. “

Peminat ikut sayu melihat air mata kegembiraan Nora menitis atas kemudahan yang Allah berikan padanya kali ini. Hikmah di sebalik PKP, niat yang bertahun terkub0r, akhirnya berjaya terlaksana tahun ini. Kami di Berita Kopak berharap agar segala amal kebaikan Nora akan mendapat balasan kasih sayang daripada Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nora Danish

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..