Artis / Selebriti
” Hubungan Mickey dengan Nora boleh dispesifikasikan sebagai apa ? ” – Wartawan
Video respon Nora Danish dan Mickey Ayo apabila diajukan soalan tentang status perhubungan mereka. Ini respon tuan badan sendiri. Wah blushing muka masing-masing..
Pelakon jelita, Nora Danish dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang perunding kewangan bernama Mickey Ayo. Semuanya bermula apabila promosi perkahwinan yang melibatkan Mickey dan Nora tular di media sosial. Mereka juga saling berkongsi gambar bersama dan keakraban mereka berdua menarik perhatian warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hibglam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Nora dan Mickey bersama pihak wartawan. Pasangan ini ditemui di acara khas Allstars Pickleball by Amber dan mereka salah satu peserta pasangan yang bertanding.
Soalan cepu emas diajukan kepada Nora mengenai status hubungannya bersama Mickey. Nora memberikan satu jawapan yang ringkas tetapi membuatkan peminatnya tersenyum. Baik Nora mahu pun Mickey, kedua-duanya nampak blushing ketika diajukan soalan itu.

Kata Nora, sekiranya ada berita baik pastinya dia dan Mickey akan umumkan kepada semua. Mickey juga ada ditanyakan soalan bagaimana dirinya berhadapan dengan situasi baru dalam kehidupannya yang sering mendapat perhatian gara-gara rapat dengan Nora.
Jom tonton video di bawah :
@ohbulanofficial Pelakon, Nora Danish memilih untuk tidak memberikan sebarang pengesahan mengenai status hubungannya dengan perunding kewangan, Mickey Ayo, meskipun mereka dilihat semakin kerap muncul bersama sejak kebelakangan ini. #ohbulan #kinitrending #noradanish #mickeyayo
Ianya satu situasi baru dalam hidup Mickey kerana Nora adalah seorang public figure, lebih-lebih lagi Nora ini menjadi buruan ramai lelaki. Mickey juga memberitahu Nora memintanya untuk membiasakan diri dengan indutri seni dan bersikap positif.

Kepastian Nora mengenai hubungannya bersama Mickey dinanti-nantikan oleh ramai khususnya peminat Nora sendiri. Apa-apa pun, semoga Allah permudahkan dan lancarkan segala urusan Nora dan sekiranya berjodohan, semoga ke jinjang pelamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hibglam, IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

