Artis / Selebriti
” Ramai yang tertanya-tanya about the recent pictures and viral news.. ” – Nora Danish
Viral gambar kad jemputan perkahwinan, Nora Danish akhirnya tampil menjelaskan hal yang sebenar mengenai isu yang dikatakan bakal bernikah dengan Mickey Ayo pada 8 September. Ini penjelasan Nora sendiri..
Tular beberapa hari yang lalu apabila pelakon cantik manis, Nora Danish berkongsikan gambar seorang lelaki berkopiah putih. Lelaki itu dikatakan seorang duda anak 2. Lebih hangat apabila viral lelaki tersebut memakai persalinan pengantin berwarna putih lengkap bersampin dengan kapsyen yang menambahkan lagi teka-teki.
Sana sini, warganet bercerita mengenai hubungan Nora dan lelaki berkopiah putih yang dikenali sebagai Mickey Ayo. Sesuatu yang membuatkan warganet merasakan Nora dan Mickey Ayo akan bernikah kerana kad undangan perkahwinan yang tertera huruf initial M dan N serta tarikh 8 September 2025.
Nora yang menyedari isu ini sedang hangat diperkatakan telah pun memuatnaik satu kapsyen di Instastory miliknya beberapa jam yang lalu. Di sini Nora memperjelaskan berita pernikahan yang tular itu agar ianya tidak terus menjadi tanda tanya orang ramai.

Nora berharap agar penjelasan yang diberikannya itu dapat memuaskan hati semua pihak dan tidak ada yang akan menyalahkannya. Sememangnya warganet memberikan tumpuan kerana Nora tidak pernah tercalit dengan apa-apa kontroversi dan gosip cinta selepas berpisah dengan Nadeem.
Jom baca perkongsian di bawah :

Ramai yang dapat menarik nafas lega setelah membaca perjelasan oleh Nora ini. Ianya hanyalah sekadar satu marketing daripada pihak syarikat dan tidak ada kaitan dengannya secara peribadi. Nora menghargai segala perhatian dan doa yang diberikan oleh peminat.

Sekarang semuanya sudah jelas dan moga tidak lagi ada yang mempersoalkan mengenai video tersebut. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan agar Nora ditemukan dengan jodoh yang baik dan soleh serta dapat memberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nora Danish, Tiktok Samping Exclusive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka rilek je nyanyi lagu tamil. Menyanyi lagu apa pun petik jari je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam kuda lah suara awak.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kamal mula-mula tak nak, lepas tu kemain. Silap Zaki bagi mic pada ketua, haha.. ” – Komen Netizen

