Connect with us

Artis / Selebriti

” Terhibur dengar Watie ni gelak, kelakar.. ” – Netizen

Video Percutian Shuib Sepahtu Dan Watie Hanifiah Bersama Anak-Anak Raih Perhatian Ramai. Wah Hebat Masing-Masing Memancing. Bila Dapat Ikan Mesti Mummy Gelak, Terhibur Betul !!

Meninjau ke akaun Instagram Watie Hanifiah, perkongsian video percutian mereka sekeluarga di Semporna, Sabah telah meraih perhatian ramai. Keluarga ini telah bercuti di sana sejak beberapa hari yang lalu dan pelbagai aktiviti telah dilakukan.

Antara aktiviti yang mereka lakukan semalam ialah memancing di tengah lautan. Mereka sekeluarga telah menaiki sebuah bot dan membawa segala alatan memancing. Setibanya di tengah laut, masing-masing mula mencampakkan mata pancing.

Nampaknya anak-anak Shuib sudah mahir memancing. Uwais dan Matin juga dilihat tidak gayat berada di dalam bot. Lihat sahaja gaya Matin ketika berjaya mendapatkan ikan, sangat berani berdiri di tepi bot. Wah, steady betul Matin.

Namun di sebalik video tersebut, bunyi gelak tawa Watie apabila melihatkan gelagat anak-anak turut membuatkan ramai terhibur. Menurut Watie, mereka hanya sekadar mendapat dua ekor ikan kerana Watie tidak tahan berada di tengah lautan akibat mab0k laut.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihatkan gelagat keluarga ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Mabuk mateen nk dapat adik lagi tu kiki.. Apa2 pun .. atas boat mesti guna lifejacket … .. happy holiday.. Boleh la mummy . Dari tkda ikan.. “

” Watie ni baik…tgk dh tahu penyayang semoga sentiasa dimurahkan rezeki dn bahagia bersama keluarga tercinta anak2 & suami..Ameen.. “

” Hahahaha teringat saya dulu g mancing naik boat mcm ni la last mabuk laut muntah tak berhenti… last tekong ckp hai kak klau ada kwnΒ² yg kena sampok blh je bawa naik boat sayaΒ takyah susahΒ² bawa jumpa ustaz hahaha .. “

” Terhibur dgr Si Watie nie gelak.. Kita pun Nak gelak sama… hahaha.. Mommy hari2 cantik.. Hahahahha ok la mabuk laut dgn mabuk cinta.. “

” Macam kat kapalai… mabuk lain ni watie.. Suke tgk watie shuib gelak.. Aduhaiiii kelakorrrr.. auto ketawa oo dgr watie ketawa.. “

” Watie cantik tanpa make up… natural beauty.. Sis watie baju tu dari Shein jugak ke.. sabah kt mne? mabul island ke.. “

” Dia punya gelak tu sis terhibur hahaha.. Love u watie.. dulu agak anti dengan sis.. lamaΒ² stalker pulak, Masak pandai, jaga anak pndai,make up pndai… “

Jadilah melepaskan ketag1h untuk memancing walaupun sekadar mendapat dua ekor ikan sahaja. Nampaknya kena pergi lain kali lah. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Shuib sekeluarga. Jaga diri dan jaga keselamatan ketika bercuti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Watie Hanifiah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT