Connect with us

Artis / Selebriti

” Terbuai-buai dengar Tokti nyanyi di hari Merdeka ni, mendayu-dayu suaranya.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menyanyi Lagu ‘Bahtera Merdeka’ Diiringi Petikan Piano Oleh Aubrey Suwito Raih Pujian Ramai. Alahai Merdunya Suara Tokti, Rasa Macam Terbuai-Buai Sampai Nak Tertidur !!

Nama Dato’ Seri Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi. Miliki suara yang merdu, berilah apa sahaja lagu kepada Dato’ Siti pasti beliau dapat membawa dengan baik sekali. Malah hingga ke hari ini, Dato’ Siti antara penyanyi yang mempunyai ramai peminat.

Sempena menyambut Hari Merdeka pada hari ini, Dato’ Siti telah berkongsi video yang memaparkan Dato’ Siti menyanyi lagu bertajuk ‘Bahtera Merdeka’ di akaun Instagram miliknya . Nyanyian Dato’ Siti itu telah diiringi oleh petikan piano oleh Aubrey Suwito.

Menerusi kapsyen, Dato’ Siti turut memberikan ucapan Hari Merdeka dan perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Dek kerana kemerduan suara Dato’ Siti menyanyi, ramai yang memuji cara Dato’ Siti membawa lagu Bahtera Merdeka.

Ada yang berseloroh suara Dato’ Siti mampu membuat mereka tertidur sehingga dibuai oleh mimpi. Sehingga kini, video nyanyian Dato’ Siti telah menerima belasan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Dato’ Siti dan memberikan ucapan sempena Merdeka. Antara komen-komen menarik adalah :

” Aduhh merinding dan meleleh air mata ini.. One and only No.1 Malaysia’s singer.. Selamat Hari Merdeka semua, semoga negara kita terus aman makmur.. “

”  I think Siti Nurhaliza perlukan satu album rakyat yg menampilkan lagu- lagu bertemakan patriotik, lagu lagu rakyat, dan irama Malaysia.. “

”  Terbuai-buai dengar Tokti nyanyi di hari Merdeka ni, mendayu-dayu suaranya.. Sedar tak sedar boleh tertidur ni, hehee.. “

” Dengar je lagu ni mesti sebak.. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 to all Malaysian.. Proud to be Malaysia.. “

” Selamat hari Merdeka Tokti.. Sebak bila lagu Bahtera Merdeka di alunkn oleh sesiapa, terutama suara Tokti yg merdu ini.. “

” MasyaAllah bonda Ratu bila menyanyi kau bagi je la lagu apa pun. Lemak merdu tu masih tidak pudar.. Selamat Hari Merdeka semua.. “

” Seronoknya dengar melodi dengan kemerduan suara Dato Siti Nurhaliza.. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan semua.. “

Sememangnya Dato’ Siti layak mendapat pujian kerana suaranya yang sangat merdu. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan Selamat Hari Merdeka Yang Ke 66 kepada semua. Semoga semangat kemerdekaan akan terus berkobar dalam jiwa kita semua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT