Connect with us

Artis / Selebriti

” Hari ini dalam sejarah hidup saya orang sambut hari jadi saya di ambang malam Merdeka.. ” – Bell Ngasri

Video Sambutan Hari Lahir Bell Ngasri Ketika Malam Ambang Merdeka Buat Bell Tersentuh Dan Terharu. Alahai Sebak Pula Tengok Bell, Orang Ramai Pun Sporting Sama-Sama Menyanyi Untuk YB Barkoba !!

Berbeza dengan tahun-tahun yang lalu, sambutan ambang merdeka tahun ini sangat membawa erti buat pelakon dan pelawak, Bell Ngasri. Popular dengan watak Barkoba sehingga kan digelar YB Barkoba oleh para peminatnya, slogan Yak Yak Yeay juga sinonim dengan Bell.

Meninjau akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Bell diraikan pada malam ambang merdeka. 30 Ogos genap lah usia Bell yang ke 43 tahun dan Bell tidak menyangka semua yang ada di situ akan menyambut hari lahirnya.

Pengacara majlis menyanyikan lagi selamat hari lahir buat Bell dan Bell turut menerima hadiah daripada salah seorang wakil di pentas. Coret Bell di ruangan kapsyennya, dia merasa terharu kerana hari ini dalam sejarah hidupnya, orang sambut hari jadi di ambang malam merdeka.

Dalam terharu, gembira juga Bell dapat sambutan hari lahir dengan ramai orang seperti ini. Kenangan manis yang tidak akan dilupakan oleh Bell sepanjang hidupnya. Alahai umur dah ‘banyak’ pun tetap kelihatan awet muda, tak macam berusia 40-an langsung.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )

Perkongsian oleh Bell ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Hidup YB Barkoba.. jumpa lg bang.. tak sempat nak amik gambar smlm ek lepas show.. abg sibuk berkempen hahaha.. ”

” Happy Birthday, Bell Ngasri. Semoga sentiasa diberkati Allah SWT. Inshaa Allah.. Birthday kita sama.. ”

” Saya salah sorg Yg nyanyi ya. mmg smlm turun kota nk jmpa yak yak yeeahh Dpn mata.. rezeki dpt welfie sekali.. terima kasih belll Yg super duper sporting.. ”

” Sy hadir semlm … Ngam ii Abg bell naik pentas.. sy Dr pasir gudang.. ape pun happy birthday dan happy national day Yb barkoba.. ”

” Happy Besday Bell. Yak yak yey.. Oo anak merdeka rupanya.. birthday sama dengan Barkoba lahh.. ”

” Happy birthday YB Barkoba.. semoga sukses selalu.. tahniah, terbaik lah abang Bell.. ni baru betul, mantap YB.. ”

” Sama lah kita 30 Ogos, barakallah fii umrik YB Barkoba.. semoga diberkati selalu dan murah rezeki serta awet muda selamanya.. ”

Rezeki Bell dapat sambutan birthday yang meriah tahun ini. Bukan semua orang dapat diraikan sebegini, semua pun sporting ikut menyanyi bersama khas untuk Bell. Selamat ulangtahun kelahiran Bell Ngasri daripada kami di Berita Kopak dan semoga Bell sentiasa success dalam kerjaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT