Artis / Selebriti
” Kesian betul si Achey. Kena bul1 je la hang dengan Tiara, haha.. ” – Netizen
Video Achey Bocey Menyuap Anaknya, Tiara Zinnirah Nasir Makan Buat Warganet Terhibur. Alahai Patut Lah Ayahnya Tak Besar-Besar, Habis Nasi Kena Pau Dengan Tiara. Tak Sempat Ayah Nak Suap Ke Mulut Sendiri. Bertabah Lah Ayah, Haha !!
Nama anak Achey, Tiara Zinnirah Nasir mula menjadi sebutan warganet selepas beberapa kejadian yang tidak disengajakan yang dilakukan oleh Tiara, antaranya ketika kepala tersangkut jaring gol. Tiada itu sahaja, Tiara juga selalu membuat jenaka spontan yang menggeletek hati ramai.
Meninjau akaun Tik Tok Anne_Achey21, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Achey bersama Tiara. Ketika itu, mereka mengikut Tok Mak meniaga sate. Dalam dilihat pada awal video, Achey sedang duduk di dalam van untuk makan.
Dengan nasi bungkus yang telah pun siap terhidang, belum sempat Achey menyuapkan makanan ke mulutnya Tiara terlebih dahulu meminta nasi itu. Tulis Anne pada kapsyennya itu, Tiara sudah makan tetapi waktu ayah hendak makan, dia pun sibuk hendak makan sama.

Tiara menjerit berkali-kali nak nasi. Ayah tak sempat suap lagi terpaksa juga lah diberi kepada Tiara. Alahai Tiara, patut lah ayah kurus dan tak besar-besar, tak sempat ayah nak suap ke mulut sendiri. Lawak melihat reaksi Achey, apabila ayah selalu kena bul1 dengan anak, macam ni lah jadinya.
Jom tonton video di bawah :
@anne_achey21 Tiara dah makan,tapi bila ayah makan…dia pon sibuk nak makan lagi…😂😂😂😂 time ni ikut tok mak niaga satay….
Lebih 71 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini dan antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Haha kes1an betul si Achey. Kena bul1 je la hang dengan Tiara, teruskan Tiara haha.. dia umpama tiara 2 bungkus ayah sebungkus. br kenyang ayah oiii haha.. ”
” Ni gaya tak sampai sebungkus ayahnya dapat, entah-entah sesuap je sempat ayah jamah haha.. lucu lah tiara dengan ayah ni.. ”
” Patut lah ayah tak gemuk-gemuk hehe.. Siapa tengok banyak kali kita geng haha.. Ulang-ulang sampai nasi ayah habis.. ”
” Ayah memang akan mengalah dengan anak perempuan. Nasikkk hahha, Achey menahan lapar.. patut lah Achey kurus je.. ”
” Patut lah ayahnya kurus.. Bertabah la ayah, terhibur aku tengok 2 beranak ni. Jangan kac4u ayah makan arrhhh.. ”
” Comel Tiara, nasik nasik nasik hahaha.. Aduhai ger4m, lucu la anak beranak ni. Habis lah nasi kau Achey haha.. ”
” Comel nya mintak ayah suap nasi hehe.. tak dan ke mulut ayah, habis sebungkus masuk mulut Tiara je haha.. Comel jelah Tiara, dengar suara dia pun dah ketawa aku.. ”
Apabila mendengar anak meminta macam ini, lemah terus si ayah. Mulut mengomel marah pun, tangan tetap suap anaknya makan. Kasihnya seorang ayah, biar ayah kurus janji anaknya cukup makan, hehe. Apa-apa pun, semoga Tiara membesar dengan sihat selalu dan Achey dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Anne_achey21
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen

