Artis / Selebriti
” Terbayang senyuman arwah Wea dan arwah Akie. Penghuninya tidak akan pernah kembali lagi.. ” – Datin Alyah
Video Datin Alyah menziarahi rumah lama milik peninggalan keluarganya di Melaka buat ramai yang sayu. Sedihnya tengok reaksi muka Datin Alyah bila masuk rumah tu. Rumah yang menyimpan banyak kenangan bersama insan yang sudah tiada..
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi terkenal, Datin Alyah telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Datin Alyah menziarahi sebuah rumah lama yang sudah tidak ada penghuninya. Tulis Datin Alyah di ruangan kapsyen, rumah tersebut adalah rumah kelahiran arwah ayahnya.
Difahamkan Datin Alyah bersama ibunya serta ahli keluarga lain datang bercuti ke Melaka dan mengambil sedikit masa yang ada untuk singgah seketika di rumah itu untuk melepaskan rindu. Kongsi Datin Alyah lagi, mengatakan yang rumah ini menyimpan banyak kenangan untuk dirinya pada suatu ketika dahulu.
Kelihatan pada video tersebut, beberapa ruang rumah seperti dapur, ruang tamu dan ruang atas rumah dilawati oleh Datin Alyah. Jelas kelihatan pada wajah Datin Alyah begitu sayu seperti mengenangkan kembali suasana rumah itu jika masih adanya arwah ayah, atuk dan neneknya .
Ramai yang mencadangkan agar Datin Alyah membaiki rumah itu kembali kerana ianya kelihatan masih elok dan kelihatan besar serta cantik lagi. Namun Datin Alyah membalasnya di ruangan komen mengatakan rumah itu atas tanah nama orang lain. Jadi Datin Alyah tidak boleh berbuat apa-apa.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian oleh Datin Alyah, ada yang memberikan candangan mengenai rumah tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sy org melake.. Akk repair buat lawa2 konsep kg ke buat homestay.. Melaka klau buat homestay mmg laku keras nk2 lawa ootd cun kompom laku.. Dekat ngn laut or sawah lagi.. “
” Kak… Repair kn rmh…Buat rmh sewa… Dari tinggal macam tu… Sedih tengok macam tu…. Harap2 ada waris yang bagi perhatian.. “
” Samalah bila arwah nenek meninggal tahun 2005, dah takde sape nak dok umah kampong lagi sebab memasing ade rumah sendiri.. “
” Besar dan cantik rumah ni… Boleh lagi dibaik pulih.. Sayang pula lah datin kalau biarkan macam tu.. Kenangan dengan arwah keluarga.. “
” Memori yg indah kan datin.. Datin buat cantik² balik.. Jadikan homestay sekurang²nya rumah tu ade org tunggu.. Sebab rumah masih cantik lagi.. “
” Org kampung lokuk gupo ea.. Dekat² dgn kg mertua Dato Rosyam ni.. Saya orang perak pon panggil arwah nenek wea,wey, wei.. “
” Oo bapa datin org melaka… Kira org masjid tanah…. Dkt dah tu dgn kampung LOKASUTRA.. Cantik lagi rumah tu Datin.. Baiki balik lah.. “
Setiap orang pasti akan mempunyai kenangan terindah bersama ahli keluarga yang sudah tiada lagi. Begitu juga lah yang dirasai oleh Datin Alyah. Rumah peninggalan keluarga Datin Alyah ini memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan buat dirinya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen