Artis / Selebriti
” Ala sedihnya part last tu, berjurai-jurai air mata jatuh.. ” – Komen Netizen

Video sketsa pendek Fattah Amin bersama ibu dan adik perempuannya buat warganet tersetuh. Kasihnya ibu tiada penghujungnya. Sedih tengok masa Fattah berpelukan dengan ibu. Anak soleh kesayangan ibu..
Di saat dirinya terumbang ambing dan berada pada kedudukan paling bawah, ibu adalah penguat semangat Fattah Amin untuk bangkit. Berkat doa seorang ibu, Fattah kembali melangkah yakin dan rezekinya bagaikan mencurah-curah dan tidak putus-putus sehingga kini.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan lakonan pendek Fattah bersama seorang usahawan, Hanum Subri. Berkisarkan mengenai berbuat baik dibalas dengan kebaikan, sketsa ini memberi satu pengajaran baik untuk semua.
Sketsa ini juga turut menampilkan ibu Fattah dan adik perempuannya bersama. Part yang paling menyentuh hati warganet adalah ketika ibu Fattah membaca ucapan Fattah. Ayat seorang anak yang menghargai ibunya itu membuatkan ramai yang menangis.
Perasaan sedih warganet semakin bertambah tahkala melihat Fattah dan ibunya berpelukan. Benar kata Fattah, rezeki tidak pernah salah alamat. Sekiranya kita membuat kebaikan, pastinya kebaikan juga yang akan kita perolehi. Banyak pengajaran dalam video pendek ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rezeki itu luas dari Allah dan tak pernah salah alamat.. Sedih plk tgk video ni.. saya doakan semoga Fattah Amin bertemu jodoh yg baik dan solehah. Aamiin.. “
” Part ibu tu automatic sebak.. Deep pesanan last sekali tu. Moga Kita semua sentiasa dalam jaga dan redha Allah selalu. Semoga baik-baik sahaja buat Fattah Amin dan keluarga serta kita semua. Amin.. “
” Ala sedihnya part last tu, berjurai-jurai air mata jatuh tau.. first gaji dia kerja dia belikan mak dia beg . sekarang dia dah berjaya pun dia ratukan mak dia . patutlah rezeki dia melimpah ruah.. “
” Sebak, deep sangat.. Allah sedang mengangkat darjatmu Fattah.. Betul sgt2.. bila kita akhirat dpt sekali dunia.. semoga fattahaminz terus success dunia akhirat.. Aamiin yra.. “
” Subhanallah Allahuakbar anak soleh.. berbangganya seorang yang bernama ibu.. Part last tu sedih sgt… sampai tak sedar air mata saya mengalir .. teringat kat arwah mak saya.. “
” Hujung hujung kasi nangis la ko ni Fattah.. kasih sayang ibu terhadap anaknya kekal sampai akhir hayat.. “
” Such a good n meaningful short video.. awal-awal happy je tapi last last tangkap air mata tengok.. Ending memang A++++.. anak yang soleh , kasih ibu tiada ganti.. “
Kejarlah akhirat dan dunia akan mengejar kita, nasihat yang cukup simple tetapi meninggalkan kesan di hati warganet. Semoga Fattah sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan berbakti sehabis baik untuk ibu tersayang. Terus maju jaya Fattah dan berjaya dunia dan akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Senang betul kerja Amayan, last-last dia suruh kawan dia yang buat live dan jual.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bila dia dah start kira tu aku dah nak gelak, haha… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mama, betul ke ? Tak lawak lah mama, sekarang kereta pun dah tak muat.. ” – Qadejah