Artis / Selebriti
” Tengok mulut memang comel ni. Sedapnya nama baby.. ” – Komen Netizen
Gambar Redza Rosli dan Bella Hanna bersama cahayamata sulung mereka yang baru lahir curi perhatian warganet. Wah best nama baby Oyen ni..
Pasangan pelakon, Redza Rosli dan Bella Hanna antara pasangan yang disukai ramai. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 21 Jun 2024. Redza dan Bella memberikan kejutan kepada peminat mereka apabila mengadakan majlis baby gender reveal pada awal bulan November tahun lalu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mariofav, telah dikongsikan satu berita gembira mengenai Bella yang telah pun selamat melahirkan cahayamata sulungnya itu. Bella turut memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan mereka sekeluarga dan wajah si kecil bersama ikon emoji.
Diawali dengan lafaz Bismilah dan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, Bella memaklumkan dirinya telah pun selamat melahirkan pada 13 Januari. Bella juga turut berkongsikan nama yang telah pun dipilih untuk anaknya itu. Ramai yang menitipkan ucapan tahniah kepada Bella dan Redza atas kelahiran cahayamata mereka itu.

Pada satu paparan gambar ada menunjukkan bibir si kecil dan ianya mendapat pujian daripada warganet. Memetik komen warganet, Redza dan Bella mempunyai persamaan wajah. Tentunya baby mereka juga akan mewarisi ketampanan dan kecantikan Redza dan Bella.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 20 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Alhamdulillah wehh cptnya masa berlalu ya Allah congrats.. aku mcm rasa baru smlm pegang perut kau tu rinduuuuuuuuu.. “
” Masyallah Tabarakallah. Alhamduliilah segala puji bagi Allah… Tahniah anakanda… Hello baby Aydrean.. “
” Tahniah Redza Rosli dan Bella.. Ayoooooo… nampak pipi pon dah tahu hensem ni… tahniah uolsss.. “
” Alhamdulillah abg ku redzarosli . Semoga Allah menjadikan anak ini anak yang soleh. Tahniah.. “
” Tahniah Bella dan Redza.. syukur Alhamdulillah.. comelnya baby korang.. Selamat berpantang… semoga ibu & baby sentiasa sihat and dlm jagaan Allah.. “
” Alhamdulillah selamat berpantang.. confirm handsome, mak pak segak.. sedapnya nama baby, masha Allah.. comel sangat.. “
” Masyaallah tahniah atas kelahiran baby cute.. tengok mulut memang comel ni.. dah boleh bayang dah muka anak korang sebab muka korang dah sama jadi anak muka sebijik jugak.. “
Bermula lah fasa baru dalam kehidupan Redza dan Bella. Pastinya kehadiran cahayamata sulung mereka ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dalam rumahtangga mereka. Selamat berpantang Bella dan sekalung tahniah daripada kami di Berita Kopak atas anugerah yang berharga ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mariofav
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

