Artis / Selebriti
” Lawaklah, wife dia punya lah feel. Mai tang Redza keras kejung weh, haha.. ” – Komen Netizen
Video Redza Rosli Dan Isterinya, Bella Hanna Menari Lagu Hindustan Buat Ramai Terhibur. Alahai Macam Tu Je Redza Kunyah Lirik. Isteri Punya Lah Feel, Boleh Pula Redza Keras Kejung Dan Buat Step Macam Tu. Lawak Lah, Haha !!
Pasangan pengantin baru, Redza Rosli dan Bella Hanna mendapat tawaran sebagai model untuk keluaran baju nikah oleh Hijabista. Sama cantik dan sama padan, gelagat Redza dan Bella ketika proses merakamkan video mencuit hati warganet yang menontonnya.
Meninjau akaun Tiktok Hijabistahub, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Redza dan Bella menari lagu Hindustan. Untuk Redza, ini adalah kali pertama terlibat dengan video sebegini. Sebelum rakaman bermula, Bella mengajar step tarian kepada Redza dan memberitahu maksud lirik lagu yang digunakan.
Redza memberitahu yang dirinya berasa nervous dan shooting kali ini membuatkan jantungnya berdegup kencang. Tambahnya lagi, jika berlakon drama 10 pages pun dia tidak rasa begini. Gerak tarian Redza yang keras dan tidak menghayati lagu juga mencuit hati ramai. Lirik lagu pun langsung tidak dihafal.

Bella sendiri juga tidak mampu menahan ketawanya melihat reaksi Redza. Bella menari dengan bagus dan mengikut step yang betul. Ekpresi wajah Redza pula membuatkan warganet terbahak ketawa. Muka terpaksa ditambah pula gerak tubuhnya yang keras itu, Redza lucu betul.
Jom tonton video di bawah :
@hijabistahub Process the trust orang kata 😭 #hijabistahub #redzarosli #bellahanna
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 88 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bella memang ada feel hindustan tu, mai tang Redza keras kejung weh hahah.. Redza kena belajar dengan laki Wawa.. ”
” Lucu betul la Redza ni, geram aku tengok. Ko berlakon je lah bang, keras nau aihh.. bunyi pat4h tu aku tak boleh la.. ”
” Hahaha lawak lah. Bini dia punya lah feel . Dia kemain keras lagi. The fact dia layan je kehendak isteri dia tu yg sweet.. ”
” Mengekek aku pagi-pagi ni. Ko tak hafal ke lagu hindustan tu redza oii.. ni la realiti kalau bini tukang hafal lagu2 hindi dan makna, tang laki hancur haha. laki aku pon mcm ni, geram. kalau sama2 minat hindi memey jadi ni.. ”
” Kelakar gila, hero keras haha.. Muka terpaksa tu sangat jelas ye Redza.. Dah macam ajak gaduh dah ni haha.. ”
” Sakit perut aku gelak tengok si Redza haha.. Keras Redza, layan je kerenah wife.. Kelakar tapi sweet.. ”
” Eee geram pulak mulut dia tak gerak.. Keras sangat tu bang. kenapa tiba-tiba kaku gini haha. Shoot dengan bini lagi susah ye.. keras kejung terus dibuatnya.. ”

Siapa yang tidak terhibur melihat reaksi Redza yang keras macam patung itu. Kalau berlakon garang bukan main lagi menjadi, tetapi apabila diminta menari, failed terus. Kelakar tetapi sweet kerana Redza tetap melayani kerenah si isteri yang suka hindustan. Semoga bahagia selalu sweet couple.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hijabistahub
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

