Artis / Selebriti
” Kita rasa kita susah dah, setiap hari merungut. Tapi bila tengok adik ni, mengalir terus air mata.. ” – Komen Netizen
Video Perbualan Paknil Bersama Seorang Penghantar Makanan Menyentuh Hati Ramai. Hebat Betul Dugaan Hidup Pemuda Ini. Part Yang Dia Cerita Tentang Isteri Dan Anaknya Tu Sebak Sungguh !!
Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dengan sapaan Paknil dikenali sebagai seorang yang berjiwa penyayang dan prihatin orangnya. Sekali pun Paknil sudah gah namanya dan ada kedudukannya yang tersendiri, namun figura ini tidak pernah menyombong diri dan suka mendekati orang awam.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Paknil menegur seorang penghantar makanan. Kata Paknil, dia melihat pemuda ini seperti termenung dan memikirkan sesuatu. Lantas Paknil terus menyapa pemuda tersebut dan mengajaknya untuk makan bersama.
Pada awalnya pemuda itu menolak tetapi apabila Paknil mengatakan Paknil akan membayar makanannya, baru lah dia bersetuju. Paknil memulakan perbualan mereka dan bertanyakan perihal kerja pemuda ini. Tidak setiap hari nasibnya baik dan adakalanya pelanggan marah kerana tempahan tidak sampai pada waktunya dek kerana cuaca yang tidak elok.

Tidak hanya cabaran ketika kerja, pemuda ini juga menghidapi penyakit jantung. Begitu juga dengan isterinya yang juga ada masalah kesihatan. Terdiam seketika Paknil mendengar kisah pemuda ini. Kuatnya semangat seorang lelaki bergelar suami mencari sesuap nasi untuk keluarganya.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Allahu.. dia punya semangat yg kuat dan bertagjwb. yg penting dia berusaha mencari rezeki tak mengharapkan ihsan.. ”
” Pak nil dari sampai sekarang suka tolong sesiapa saje secara spontan alhamdulillah, terbaik. insyaAllah.. Berat ujian dia ya Allah, permudahkan urusan mereka Allah.. ”
” Ayat dia bila wife dia bekerja, “dia tolong saya.” My heart ‘ . Dia tau dia suami sepatutnya dia yang provide semua. Bagusnya budak ni. Semoga Allah kurniakan rezeki seluas lautan untuk keluarga kecil dia. Tak banyak takpe, janji sentiasa cukup dan berkat.. ”
” Baik budaknya.. Tutur kata tersusun je.. Hebat ujian awak dik.. Semoga awak dilimpahi rezeki..
” MasyaAllah.. sbr btl dia ni.. Allah uji mcm2 tp ttp sbr.. kt rs kt ssh dh.. stiap ari mrungut tp bl tgk adk ni mengalir trus air mata.. nikmat kesihtan yg Allah bg pd aku xnak aku brsyukur.. Allah maha baik.. smg adk trus kuat.. dimurahkan rezeki.. diberi kshtan n umur yg brkat.. amiin.. ”
” Kadang org macam ni yg patut dipanggil jd speaker inspirasi.. bagi contoh dan jentik hati ramai org supaya bersyukur.. ”
” Dapat merasai emosi adik ni. Kalau Kita rasa Kita susah. Ade lagi yang susah. Kuat dengan tak kuat jer. ujian dia boleh tahan hebat.. mudahan dia kuat dan tabah, pulih sihat semula supaya dpt jaga keluarga dan cari rezeki.. ”
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itu lah perumpamaan yang dapat diberikan setelah mendengar kisah hidup pemuda ini. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu sendiri. Allah juga menghadirkan Pak Nil untuk membantu dan semoga kehidupan adik ini berjalan dengan baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datuk Aznil Hj Nawawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

