Artis / Selebriti
” Tok Ram ni lahir atas meja snooker ke, hebat sangat ni. Tangan macam pembaris.. ” – Komen Netizen

Video Aksi Dato’ Ramli MS Bermain Snooker Di Era Snookera Championship Buat Ramai Kagum. Wah Power Betul Tok Ram, Boleh Kalahkan Nabil, Radin Dan Pak Azad. Termenung Masing-Masing Nak Tunggu Turn, Hebat Tok Ram !!
Sebagaimana yang diwar-warkan oleh geng 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin Era dan Pak Azad telah pun menyelesaikan misi perlawanan snooker mereka bersama Dato’ Ramli MS. Snookera Championship telah pun berlangsung jam 10.30 malam tadi dan ditonton oleh ramai orang.
Meninjau entry di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika perlawanan ini sedang berlangsung. Gamat dan riuh dengan gelak ketawa, itu yang dapat dilihat menerusi ke semua video tersebut.
Tok Ram sememangnya seorang yang hebat dalam permainan snooker. Malah Tok Ram turut menyediakan meja snooker di rumahnya. Tok Ram bermain dengan tenang sahaja, namun semua pukulannya tepat dan mengena. Bak komen warganet, tangan Tok Ram ini seperti pembaris, tidak tersasar langsung dari bola snorker.
Setelah usik mengusik dan sakat menyakat, Tok Ram berjaya mengalahkan geng 3 Pagi Era. Berbanding piala, Tok Ram lebih memilih untuk menggantikan piala kemenangannya dengan coklat seberat 2 kilogram sebagai hadiah.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haha nampak gaya kena sidai tu, tak ada giliran dah tu geng Era. ‘Diam la kau’ hahaha.. dekat gv pun tokram selalu sebut pada Nabil.. ”
” Cakap dngn tok ram, tips pukul bola masuk lubang. Memang kena pakai spec mata terbalik ke, HEHEHEHEEE. Ke itu rahsia nya.. padu lah tokram , 3 lawan 1, tetap dia juara.. ”
” Ajak otai memang kena kitai lah haha. Tok Ram orang lama, tengok main relax je tapi padu weh.. ”
” 3 orang ni padan kena kuah dengan legend je haha.. Kat rumah dia ada meja snooker. Mmg makanan dia la snooker ni.. ”
” Silap challenge laa korang. Tok Ram tu dah laa Juara Donia.. Nabil ni klu Ada .. memang X kering gusi dibuatnya… Tok Ram kena bahan dgn Nabil.. ”
” Bila pak lawak main snooker dgn champion, memang lauk la. ajk lawan ngan tok ram tpi jdi penonton haha.. tok ram tangan pembaris.. ”
” Tok ram ni lahir atas meja snooker ke? hebat Power sangat ni.. tangan macam pembaris.. tok ram boleh masuk suka olympics la.. ”
Riuh rendah suasana pertandingan 3 Pagi Era dan Tok Ram ini. Silap besar Nabil dan kawan-kawan mencabar Tok Ram, memang menjadi ‘lauk’ Tok Ram lah 3 sekawan itu. Apa-apa pun, event ini berjaya berlangsung dengan baik dan menghiburkan semua yang menonton. Tahniah Tok Ram menang 2 kg coklat Patchi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Tahniah kakak, cantik anak abah Jai. Situasi inilah yang Abby mahukan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Boleh nampak Tom Cruise kagum dengan gaya penghantaran mesej oleh Ezzrin Loy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku nangis dengar suara Thalita yang ni. Part ‘sampai saat ini’ tu sebijik macam ibu awak Thalita.. ” – Komen Netizen “