Artis / Selebriti
” Syaikhul tak datang rehearsal ke tu, haha. Dia lupa tengah shooting.. ” – Komen Netizen
Video Puteri Sarah Liyana Dan Anak-Anak Berlakon Iklan Bersama Datuk Yusuf Haslam Dan Datin Patimah Raih Perhatian Warganet. Alamak Syaikhul, Kenapa Terlebih Jujur Ni. Syaikhul Tak Ikut Skrip Kali Ni, Hehe !!
Sekali pun Puteri Sarah Liyana tidak lagi bergelar isteri kepada anak Datuk Yusuf Haslam, namun hubungan baik antara Sarah dan mentuanya itu tidak terjejas. Datuk Yusuf dan Datin Patimah melayan Puteri Sarah seperti anak sendiri. Anak-anak Puteri Sarah, Syaikhul Islam dan Sumayyah juga begitu rapat dengan atok dan nenek mereka itu.
Meninjau akaun Instagram Puteri Sarah Liyana, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Puteri Sarah, Syaikhul, Sumayyah , Datuk Yusuf dan Datin Patimah menjayakan iklan Pak Mat Western. Untuk Datuk Yusuf dan Puteri Sarah yang sememangnya pelakon dan ianya tidak sukar kerana sudah biasa beraksi di hadapan kamera.
Apa yang mencuit hati warganet adalah telatah Syaikhul yang terlalu jujur. Memandangkan ianya iklan untuk produk makanan, mereka perlu melakonkan babak memasak. Puteri Sarah bertanyakan kepada Syaikhul adakah mereka ingin picnic hari ini.

Syaikhul secara spontan menjawab ‘tidak’ dan ianya mengundang ketawa Datuk Yusuf dan Puteri Sarah. Terpaksa lah Puteri Sarah mengulangi semula dialognya itu. Budak-budak memang tidak pandai menipu dan Syaikhul mungkin terlupa mereka sedang berlakon.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Untung Sarah dapat keluarga mertua macam Dato dan Datin. Semoga hubungan kalian hingga ke Jannah.. ”
” Cakap je lah ye, haha.. lawak lah Syaikhul ni. terlebih jujur hero mama ni.. tak de tipu-tipu.. ”
” Family mertua paling baik di Malaysia. The Best Parent-in-law.. Mcm papa dia.. bkn menantu… love sgt dgn keserasian psl n papa.. ”
” Syaikhul be like, i tak reti fake-fake ni. Budak-budak memang jujur.. aduh Syaikhul, lupa dialog ke haha.. ”
” Syaikhul tak datang rehearsal, haha.. Syaikhul dengan seriusnya ‘ tak ‘ haha.. jujur sangat dia.. ”
” Punya lah jujur anaknya.. Gelak besar Sarah sbb syaikul jujur nau, haha.. Syaikhul lupa tengah shooting.. ”
” Jujur betul si Syaikhul ni, haha.. boleh dia jawab tak depan kamera haha.. Syaikhul tak sempat briefing ke tu haha.. ”

Siapa yang tidak terhibur mendengar ayat Syaikhul itu. Syaihul sememangnya seorang budak yang jujur dan tidak pandai menipu. Apa-apa pun, tumpang gembira juga warganet melihat kemesraan antara Puteri Sarah dan anak-anak bersama Datuk Yusuf dan Datin Patimah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Puteri Sarah Liyana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allahu, positivenya awak Dr. Fie, nangis dengar ucapan Dr. Fie.. ” – Komen Netizen

