Connect with us

Artis / Selebriti

” Kita pulak touching. Paknil seronok, kita pulak senyum sambil nangis.. ” – Netizen

Video Paknil Bermain Game Cari Duit Tersembunyi Sempena Hari Lahirnya Buat Warganet Sebak. Dulu Buat Untuk Anak, Sekarang Anak Pula Raikan Paknil. Part Last Tu Touching Tengok Reaksi Paknil Masa Jumpa Duit Tu, Banyak Sangat !!

Menerusi akaun Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan keadaan di rumahnya ketika anak-anak Paknil menyambut ulangtahun kelahiran Paknil. Pada awal video, anak perempuan Paknil memberitahu terlupa membeli hadiah dan menghulurkan satu sampul untuk Paknil baca.

Cerita Paknil di ruangan kapsyen, ketika anak-anak Paknil dan anak-anak buah kecil dahulu, Paknil selalu membuat game Cari Duit Tersembunyi untuk mereka. Duit yang mereka dapat cari dikira menjadi hak milik terus. Kini apabila anak-anak semua sudah dewasa, mereka pula membuat perkara yang sama.

Klik gambar untuk info..

Kali ini, Fifi mengenakan papanya kaw-kaw. Boleh tahan banyak juga clue dan tempat pencarian yang perlu Paknil cari sampai Paknil mengeluh penat. Semua hanya ketawa melihat setiap kali Paknil berjaya mencari lokasi next clue sehingga lah lokasi terakhir di ruangan yang mereka gelar ‘ kedai runcit ‘.

Ianya bilik yang diletakkan pelbagai barangan keperluan harian atau pantry, sudah seperti kedai runcit. Fifi meletakkan sejumlah wang dalam sebuah kotak dan apabila Paknil membukanya, berubah air wajah Paknil. Banyak kata Paknil sambil menunjukkan wang tersebut.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun mendapat lebih 37 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Saya sed1h campur happy bila anak Paknil tulis todau is your turn.. dengan kita rasa kebahagiaan Paknil tu.. happy birthday Pak Nil.. semoga dirahmati Allah swt.. Aamiin.. ”

” Happy birthday. Ye mmg paknil slalu buat game ni utk kami anak2 buah. Love u so much. Semoga sentiasa sihat dan sentiasa dilimpahkan rezeki.. ”

” What I learned from this vtt – parent(s) tetap sebak dan happy bila terima sesuatu dari anak walau dia mampu miliki sendiri.. ”

” Paknil u sgt2 sporting.. I broke into tears because you don’t care much about the money but the effort they put in. Happy birthday, Paknil.. ”

” Dulu-dulu pun ada main game macam ni, rinduunya.. nak nang1s tengok, anak-anak ulang balik apa yang Paknil buat untuk dorang dulu.. Happy birthday Paknil.. ”

” Boleh buat running man dekat sini.. happy bzday pak nill .. moga d murahkan rezeki PakNil n anknyee.. happy tngok that game.. ”

Klik gambar untuk info..

” Seronok tengok paknil happy.. sweet so much love the clues and treasure hunt… cute lah pak nil, tak tua-tua tau.. sampai penat Paknil main games ni heheh tapi berbaloi.. ”

” Kita pulak touching.. Paknil seronok, kita lak senyum sambil nangis haha. Paknil ni tak berkira dan paksa anak-anak, tu yang dia terima seadanya anak-anak dia.. Last tu touching sangat, walaupun dia Paknil tapi menghargai apa anak-anak bagi.. ”

Bahagia seorang ayah dapat dilihat pada reaksi Paknil ini. Bukan kerana besar atau kecil pemberian anak-anak tetapi usaha anak untuk menggembirakan ayah. Selamat hari lahir Paknil daripada kami di Berita Kopak dan semoga Paknil dikurniakan kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Aznil Nawawi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT