Connect with us

Artis / Selebriti

” Mengalir air mata tengok video Paknil ni. Allah adalah sebaik-baik perancang.. ” – Netizen

Video Live Datuk Aznil Haji Nawawi Berakhir Dengan Air Mata. Siapa Sangka Pengikut Bertuah Yang Dapat Meneka Jumlah Duit Raya Yang Hampir Terbuang Oleh Paknil Mempunyai Kisah Yang Meruntun Hati Sehingga Paknil Menangis. Sed1h Sangat !!

Datuk Aznil Hj Nawawi atau mesra dengan panggilan Paknil memang seorang yang pemurah dan baik hati. Aktif dengan kerja-kerja amal, Paknil antara selebriti yang disenangi ramai kerana sikapnya yang peramah dan tidak somb0ng.

Meninjau akaun Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sesi live Paknil. Tanpa sengaja, Paknil terjumpa wang raya yang tersimpan rapi dalam sampul raya yang mana ianya telah lama tersimpan di dalam laci.

Sampul-sampul ini hampir dibuang tetapi Paknil tergerak hati untuk melihat isi dalamnya dan nyata semuanya berisi wang RM5. Setelah semua wang dikeluarkan dari sampul, dapat dilihat tebalnya duit itu dan Paknil meminta pengikut yang mengikuti live nya itu meneka jumlah wang tersebut.

Rezeki seorang peminat Paknil bernama Puan Yaya kerana tekaannya yang betul. Suasana yang gembira bertukar sayu apabila Puan Yaya menang1s di talian dan Paknil juga tidak dapat menahan air mata. Kata Puan Yaya, dia benar-benar memerlukan wang sekarang untuk membuat rawatan k4nser.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Paknil ini telahpun membuatkan ramai yang tersentuh hati. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Mengalir air mata tgk video paknil ni.. Allah adalah sebaik2 perancang.. seramai mana pn yang komen tapi tetap dapat pada org yang betul2 memerlukan… Allah tahu apa yg terbaik.. semoga Allah limpahkan rezeki & diberi kesihatan yang baik buat paknil, buat akak tu dan kita semua, amiiinnn.. “

” Terima kasih Pak Nil, saya tgk vd ni masa subuh, saya doakan pak nil dipanjangkan umur, diberi rezeki yang nelimpah ruah dan segala kebaikan didunia dan akhirat untuk Pak Nil Sekeluarga. Aamiin.. “

” Sed1hnya, semoga Allah murahkan rezeki pak nil aminnnn. hebat nya aturan Allah, rzki tak akan salah pada alamatnya.. “

” Ya Allah yg Maha Hebat… betapa dorongan itu dibuat utk membantu hambanya yg susah disamping menaikkan darjat hambanya yang baik dan ikhlas… semoga sy pun ada hati yg sehebat paknil.. semoga kebaikan berpanjangan buat paknil… aminn.. “

” Rezeki penerima tu. Alhamdulillah. Semuga Allah murahkan rezeki Pak Nil dunia akhirat dan dipermudahkan urusan wanita itu. Semuga beliau cepat sembuh.. “

” Alhamdulillah rezki x salah alamat… semoga sis yaya diberi kesembuhan dan dijauhkn dr penyak1t2 yg kr0nik aamiin yra… utk paknil juga semoga Allah sajer yg membalas segala kebaikkan dimurahkan rezeki dan sentiasa diberi kesihatan yg baik serta berterusan aamiin yra.. “

” Subhanallah … Allah Lebih Mengetahui. dah mmg tertulis duit tu rezeki yayamasom, tk lambat tk cepat, tepat pada masanya smpai juga ke dia … tahniah paknil, Allah pilih paknil sbg caretaker dan perantara. kerana paknil org yang hebat utk bawa amanah Allah tersebut.. “

” Ya Allah paknil Allah Maha Kuasa Allah pilih paknil gerakkan hati paknil buka sampul duit tu untuk paknil berbakti dgn yg memerlukannya dan menjadi rezeki akak tu.. seb4k saya tengok percaturan dari Allah yg Maha Hebat. terima kasih paknil menjadi orang baik dan bermanfaat.. “

Benarlah Allah sebaik-baik perancang buat makhluknya. Allah yang menggerakkan hati Paknil dan akhirnya Puan Yaya ini mendapat rezeki yang tidak diduga. Setelah mendengar kisah Puan Yaya, Paknil telah menaikkan jumlah wang tersebut kepada RM1000 untuk diberikan kepada Puan Yaya. Semoga Allah melipat gandakan lagi rezeki Paknil dan kebaikan Paknil ini dibalas dengan pahala.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Aznil Hj Nawawi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT