Artis / Selebriti
” Comel lah Bella Hanna blur-blur gini. Sama-sama masuk air.. ” – Komen Netizen

Video Redza Rosli Dan Bella Hanna Jawab Soalan Chemistry Games Buat Warganet Terhibur. Berbeza Betul Karakter Redza Yang Biasa Kita Tengok. Dua-Dua Masuk Air, Kelakar Dan Sweet !!
Pasangan pengantin baru, Redza Rosli dan Bella Hanna hampir sebulan bergelar suami isteri. Rezeki selepas kahwin, pasangan ini ditawarkan pula menjadi model untuk produk busana baju nikah keluaran Hijabistahub. Banyak video-video menarik yang dirakamkan sepanjang proses penggambaran Redza dan Bella.
Meninjau entry di akaun Tiktok Hijabistahub, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Redza dan Bella bermain satu permainan yang dipanggil sebagai Chemistry Games. Dalam permainan ini, beberapa soalan ditanyakan kepada mereka untuk melihat sejauh mana keserasian antara Redza dan Bella.
Antara soalan yang ditanyakan kepada pasangan ini adalah bagaimana perkenalan mereka bermula, baju yang dipakai oleh mereka ketika keluar dating untuk kali pertama, warna kegemaran, minuman kegemaran dan banyak lagi yang berkaitan dengan diri pasangan ini.
Jika selalunya wanita yang selalu mengingati tarikh dan peristiwa penting dalam perhubungan, tetapi lain pula yang terjadi untuk Redza dan Bella. Redza dapat mengingati dengan lebih detail, manakala Bella pula banyak part yang ingat-ingat lupa.
Jom tonton video di bawah :
@hijabistahub Bagai pinang di belah belah la Redza dgn Bella ni 🥹 sweet sangat terpaksa post 😭 #hijabistahub #redzarosli #bellahanna
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Comella Bella Hanna blur-blur gini.. Comel takde nak tergedik-gedik. dia jadi diri dia sendiri. sopan lak tu ber awak saya.. ”
” Ok redza rosli lepas ni tak yah belakon serius dh.. dh nampak imej pak lawak dia.. dua dua masuk air.. bahagia ni.. ”
” Selalu perempuan ingat, ni lelaki yang ingat. nanti lpas ni please buat drama laki bini ni jadi suami isteri.. ”
” Comel lah dua-dua nii.. blur-blur je wife dia haha. sama-sama masuk air je.. both of you sweet n kelakar sepadan sgt.. ”
” Bella kenapa blur sangat tu haha, terhibur aku. Jarang perempuan yang tak ingat.. memang sepadan dorang ni.. sorang blur, sorang serius tapi masuk air.. ”
” Kelakar betul dorang ni.. Semua soalan dia tnya blik.. takk skrg ni redza rosli ni laki dia ka laki org ramai ni.. ajerrr lawakkk ja bella ni, haha.. ”
” Kenapa aku pulak yang senyum-senyum ni. Kelakar Bella ni, ikhlas je orangnya, jujur je.. Part last tu terus kena tibai haha.. ”
Seronok warganet melihat telatah Redza dan Bella. Tak sangka boleh tahan ‘masuk air’ juga si Redza ini. Semua benda yang penting Redza yang banyak mengingati berbanding Bella. Reaksi blur Bella juga kelihatan agak comel. Apa-apa pun, semoga Redza dan Bella berbahagia selalu sampai ke hujung nyawa.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hijabistahub
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Takkan lah friendzone macam tu, banyak hint dah bagi.. ” – Didi Astillah