Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak tahu kenapa rasa sebak tengok video ni. Finally anak-anak dah ada tempat bermanja iaitu ibu.. ” – Netizen

Video Gelagat Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah Dan Anak-Anak Ketika Upacara Memot0ng Kek Buat Warganet Tersentuh. Seronoknya Anak-Anak Meraikan Mummy Baru. Uwais Pun Berkepit Jer Dengan Mummy. Hati Anak-Anak Kembali Bahagia Akhirnya !!

Majlis pernikahan antara duda hangat, Shuib Sepahtu dan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah telah pun berlangsung beberapa jam yang lalu di Putra Glass House, Shah Alam. Dengan tema warna dusty pink, keluarga kedua-dua mempelai dan para tetamu mengenakan busana warna tersebut.

Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 8,288 dan wang hantaran dirahsiakan. Sebagaimana majlis perkahwinan lain, sesudah majlis ijab qabul, pastinya ada upacara batal air sembahyang dan memot0ng kek oleh pasangan pengantin baru.

Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Shuib dan Watie memotong kek perkahwinan mereka. Tidak hanya Shuib dan Watie, kesemua anak-anak Shuib termasuk ibunya, Salamiah Jalani turut bersama-sama.

Comel sahaja melihat telatah anak-anak Shuib dan semuanya kelihatan gembira. Shuib menyuap Watie dan anak-anak kek sambil mengikut menyanyi bersama Anuar Zain yang membuat persembahan pada hari bahagia mereka ini. Sempurna sudah keluarga kecil Shuib dengan kehadiran Watie.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian ini. Rata-ratanya seronok melihat kegembiraan anak-anak Shuib. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Alhamdulilah saya percaya arwah tengah tersenyum melihat anak2 dia happy . kita doa yang baik2.. kerna hidup di dunia ni amat singkat dan semua org berhak bahagia. Semoga pasangan baru ini berbahagia bersama anak2 mereka.. ”

” Anak2 kemat1an mak , dgn anak2 mak yg masih idop bila ayah berkahwin lain ni dia lain sikit…. anak2 shuib sure akan rapat dgn mmy baru…. percayalaaaaa.. ”

” Janji anak-anak happy dapat ibu baru. Tahniah untuk kalian.. Alhamdulillah glad to see the kids’ happiness, semoga keluarga ini berbahagia selama2nya… Aamiin Allahumma Aamiin.. ”

” Mst shuib akan lebih lebih lebih lg menghargai yg bernama sang isteri ini.. kerna diaa pernah merasa pahitnya suatu kehilangn tanpa diduga.. Finally anak-anak dah ada tempat bermanja iaitu ibu.. ”

” Semoga berbahagia anak2 dgn mummy baru awk. Happening gi1a.. nikah sekali ada anak2 tiri yg menrima…. mesti happy.. ”

” Kenape ye rasa mcm Uwais tgh tenung arw4h Sarah berlalu mcm filem KKHH… tp Sarah senyum Sambil tunjuk jari. Haih byk sgt tgk Hindustan daku ini. Anyway Tahniah Selamat Pengantin Baru both of u.. ”

” Tak tahu knp tp rasa sebak tgk vdeo ni.. Finally ank2 dh ada tpt bermanja iaitu ibu.. Happy tengok. Selamat pengantin baru semoga bahagia selamanya..seronok anak2.. ”

Alhamdulillah Allah hadirkan seseorang untuk mengisi hati anak-anak Shuib yang rindukan belaian seorang ibu. Semoga ikatan perkahwinan Shuib dan Watie ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu bersama anak-anak tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT