Artis / Selebriti
” Tak sangka Nana pun kelakar juga, terus masuk air bila jumpa Kepom.. ” – Netizen
Video Gelagat Siti Nordiana Ketika Bertemu Elly Mazlein Di Konti Era Buat Ramai Terhibur. Part Menari Lagu Ngajat Tampi Tu Kelakar, Dua-Dua Berebut Nak Menari. Memang Masuk Air Betul Lah, Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram radio Era telah dikongsikan video yang memaparkan telah menjemput penyanyi Siti Nordiana sebagai artis jemputan menerusi segmen Carta Era 40 yang dikendalikan oleh penyampai radio iaitu Elly Mazlein.
Menerusi video pertama, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh Elly mengenai lagu baru Nana bertajuk ‘ Arah Cinta ‘. Kata Nana, lagu terbaru ini sangat mencabar vokalnya untuk menghasilkan lagu yang terbaik.
Menerusi video kedua pula memaparkan Nana meluahkan hasratnya ingin menyanyi lagu Elly di pentas All Stars Gegar Vaganza nanti. Elly turut meminta Nana untuk menyanyikan lagunya itu secara live dan akhirnya Elly dan Nana bersama-sama menyanyi lagu tersebut.

Menerusi satu posting lain, telah dikongsikan video telatah Nana dan Elly menari rentak lagu Ngajat Tampi. Pada awalnya mereka berdua menari dengan baik, namun ketika di pertengahan video, masing-masing seolah sedang berebut untuk menunjukkan tarian siapa yang lebih menarik.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat telatah Nana dan Elly ketika menari. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Tak sangka Nana pun kelakar juga, terus masuk air bila jumpa Kepom.. Weh rindu pula nk tengok Kepom mengacara GV.. “
” Ahhaahha semua tunjuk bakat taw, muka Kak Lina memang tak boleh blah betul, hahaha lawak.. Nampak tak puas hati betul.. “
” Amboi2 Nana n Lina kepom berjoget. Eh2 tak nak dua2 ni berebut. Comel2.. First time no syatu kalah, hahahhaah sabo jalah.. “
” Masing2 pun.. Faham sngt dah lama tak berenang.. Hee heee kelakar nya ..Nana n Lina best nya kalau lina ada mlm di di All star Gegar Vaganza.. “
” Kesian kak Lina pom2.. Kena caras tarian dengan Nana, hahahahaa.. Nana pun boleh tahan kelakar yer, aduhhhh penat ketawa tengok.. “
” Ahahaahah lawaklaa dua-dua orang ni, hahaha.. Tu pesen nak menyelam tak tahu nak timbul ke camne, hahahahahaha.. “
” Ada orang taknak kalah la tu.. Ya ampun.. Omey deduaaa hahahaha sayaaaa terhibur.. Gudluck for tonight mader Siti Nordiana.. ”
Meskipun tarian Nana dan Elly itu hanyalah lakonan, namun ianya begitu mencuit hati. Melihat reaksi Elly seakan geram dengan Nana membuatkan ramai terhibur. Ramai yang merindui gelagat Elly ketika mengacara di pentas All Stars Gegar Vaganza. Apa-apa pun good luck Nana untuk malam ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen



