Artis / Selebriti
” Tak makeup pun comel lah mommy.. ” – Netizen
Video Scha Alyahya Hadir Di Tempat Umum Tanpa Mengenakan Makeup Cur1 Perhatian Peminat. Wah Berseri- Seri Bakal Mommy Ni !!
Umun sudah mengetahui bahawa pelakon dan model terkenal, Scha Alyhaya yang juga isteri kepada Awal Ashaari ini sedang hamil anak kedua mereka. Perkongsian berita gembira itu dikongsikan oleh Awal menerusi akaun Instagram miliknya pada bulan Ogos lalu.
Pada awal kehamilan, Scha kurang aktif di media sosial berkongsi perkembangannya ketika hamil kerana alahan. Namun setelah usia kandungannya 6 bulan, Scha sering berkongsi gambarnya dan perkongsian tersebut sering mendapat perhatian ramai yang ingin mengikuti perkembangan diri Scha ketika hamil.
Terbaru, menerusi perkongsian Scha di akaun Instagram, Scha telah berkongsi satu video memaparkan dia yang tampil keluar di kawasan umum melakukan kerjanya dengan penampilan wajahnya tanpa sebarang makeup. Perkongsian oleh Scha itu sekali lagi telah mencur1 perhatian warga netizen.

Scha yang berpakaian dress labuh berwarna hijau gelap itu sedang melaksanakan sebuah projek kerjasama dirinya bersama satu produk pakaian daripada satu syarikat. Scha yang sememangnya sering tampil berpakaian simple nampak berseri-seri walaupun tanpa mengenakan sebarang solekan di wajahnya.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, boleh dikatakan ramai peminat memuji akan kecantikan semula jadi Scha dalam video tersebut. Antara komen-komen netizen adalah :
” Canteknyaaa, suka dgn Scha nie sbb dia natural beauty, lagi satu, wlpun pakai smple jer, penampilan Scha tetap menyerlah.. “
” Wow tak makeup pun cantik lah, memang cun hbs mommy ni, kalau orang lain keluar ni mesti makeup, yerlah artis kan.. “
” Scha ni jenis muka kalau tak bersolek pun segak dah, untung lah muka bersih, makin berseri-seri muka bakal ibu ni.. “
” Badan maintain cun lah, tak gem0k pun, cantik Scha pakai simple mcm ni pun, aura ibu mengandung lain mcm.. “
” Tak pernah tak cantik, tak makeup pun berseri-seri wajah, mybe kali ni mengandung baby boy kot, hehehehe.. “
” Wah antara artis yang cool jer tampil keluar tanpa makeup, dah la jumpa orang atas urusan kerja, memang terbaik lah.. “
” Napa comel sangat Scha, hehe manis jer muka tu, berseri-seri. Take care Scha, jangan kuat sangat bekerja.. “

Manis muka Scha walaupun tanpa sebarang makeup, patut ramai yang puji Scha ni natural beauty. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Scha dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan keduanya ini dan sentiasa menjaga dirinya sepanjang masa bekerja.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Scha Alyahya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti2 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

