Connect with us

Artis / Selebriti

” Scha dari tunang sampai anak dua macam tu je, tak tua-tua pun.. ” – Netizen

Scha Alyahya Kongsi Video Throwback Sejak Dari Bertunang Dengan Awal Ashaari Sehingga Kini Sempena Anniversary Mereka Yang Ke 11 Tahun. Wah Maintain Je Scha Dari Dulu, Tak Banyak Berubah Walaupun Dah Anak Dua !!

Scha Alyahya dan suaminya, Awal Ashaari antara selebriti tanah air yang dikenali ramai. Bukan sahaja berbakat dalam dunia lakonan, pasangan suami isteri ini juga berbakat dalam bidang pengacaraan dan sering kali menjadi pengacara di majlis-majlis besar serta terkenal.

Meninjau di akaun Instagram Scha, telah memuatnaik satu video throwback ketika Scha melangsungkan majlis pertunangan dahulu. Difahamkan video yang dikongsikan oleh Scha ini adalah sempena ulang tahun perkahwinan bersama Awal yang telah pun berusia 11 tahun pada 4 Mei.

Dalam video itu juga Scha mengabadikan gambar ketika anak sulungnya, Lara Alana masih kecil dan sehinggalah Lara mempunyai adik iaitu Lila Amina. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Peminat-peminat Scha telah menyatakan yang Scha sejak bertunang dahulu wajahnya tidak banyak berubah dan dikatakan maintain muda. Sehingga kini, video throwback tersebut telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji kecantikan Scha sekarang. Antara komen-komen menarik adalah :

” Scha dari tunang sampai anak dua macam tu je, tak tua-tua pun.. Dah tu makin cantik pula tu sekarang ni.. “

” Scha memang cantik sangat lah, suka tengok dari dulu awal Scha berlakon. Sekarang maintain je cantik tu.. “

” Masalahnyaaa Scha nie makin awet muda, tiba2 teringat masa Awal melamar Scha dulu, memang wow gempak lah.. “

” Sekali lagi, happy anniversary Awal & Scha. Semoga kalian bisa selalu berbahagia sampai ke syurga, amin.. “

” I’m a big fan since the tunang days until now.. Kat wedding kita pun bukak lagu sedetik lebih tau hihi.. “

” Cantik lah Scha dari dlu hingga sekarang, badan tu maintain ramping je wlaupun dah beranak dua.. “

” Slmt Ulang tahun perkahwinan Scha dan Awal.. Semoga berbahagia sentiasa sekeluarga ke anak cucu slamanya.. “

Walaupun sudah beranak dua, Scha masih maintain cantik dan menjaga penampilannya. Apa-apa pun, selamat ulang tahun perkahwinan buat Scha dan Awal. Semoga kalian terus bahagia bersama sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG schaalyahya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT