Artis / Selebriti
” Tahun bila entah tengok Leona masak telur mata pun kekok. Sekarang dah pandai masak macam-macam resepi, hebat.. ” – Komen Netizen

Kasih Iris Leona kongsi beberapa video memasak pelbagai juadah menarik di luar negara raih pujian ramai. Wow, nampak semuanya sedap, pandai betul Leona masak..
Sebut sahaja nama Leona Kasih Iris pasti ramai yang akan terbayang perwatakannya yang kelakar, lagi-lagi mendengar percakapannya yang pekat dengan slang mat salleh. Leona yang merupakan anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman ini sedang melanjutkan pengajiannya di luar negara.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok Leona, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Leona memasak beberapa juadah menarik. Video pertama, Leona memasak nasi goreng ketika hari pertama ramadan. Manakala video kedua pula Leona mencuba masak sushi bake.
Sementara itu, video ketiga Leona memasak chocolate chip banana bread sugar free dan video terakhir memaparkan Leona memasak padkrapow. Perkongsian video-video tersebut telah menarik perhatian warganet serta ramai yang terpegun melihat skill Leona memasak.
Komen warganet, beberapa tahun lalu mereka pernah menonton video Leona kekok memasak telur goreng. Kini, mereka sangat kagum Leona sudah pandai dan rajin memasak. Sehingga kini, video Leona memasak telah menerima ratusan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video-video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@leonsmeonss Masak with Leona
@leonsmeonss Today kakak masak my most famous sushi bake 😋
@leonsmeonss Kakak buat chocolate chip banana bread sugar free 🤣🤣🤣🤣
@leonsmeonss Kakak masak padkrapow with a twist 😄 my comfort meal 🩷
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memberikan pelbagai pujian kepada Leona. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Tahun bila entah tengok Leona masak telur mata pun kekok. Sekarang dah pandai masak macam-macam resepi, hebat.. “
” Actually perempuan bukan tak tau masak. You just dont have time and desire. Kalu you bg peluang kat diri eventually ypu will be a good cook.. “
” Yeyy Leona dh pandai masakk lurvee im just so terharu n happy.. Ini membuktikan perempuan pandai masak bila dia ada mood nak masak.. “
” Sukaaanyaa content masak masak.. Im So proud of youu.. Tengok leona rajin masak rasa terinspired plak kita tau.. Hehee..”
” Tringt dulu time memula dye masak.. Semua tkut minyak percik.. Skrg wowww.. Kalau macam ni punya rajin masak, hantaran 20k pun tak pe.. “
” Kita perempuan bkn tak pandai masak tapi cuma malas atau pon takut mau cuba masak..tgk nie bukti kau selalu masak mesti kau akan pro.. “
” Dulu kakak tak pandai masak telur sekarang pandai nasi goreng” SO COMEL Leona.. Dah boleh buat 30 hari 30 resepi…. Fighting.. “
Patut ramai yang kagum, tengok sajalah semua juadah yang dimasak oleh Leona, nampak begitu menyelerakan. Bukan itu sahaja, Leona juga sempat bekalkan untuk rakannya. Untung siapa yang berkawan dengan Leona, dapat lah merasa masakan Leona hari-hari.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok leonsmeonss
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral1 day ago
” Macam tahu-tahu dia memang nak pergi dan tak kan kembali lagi. Tak terucap dengan kata-kata, sedih sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Cantik sangat arwah Ayuni, sekarang hanya tinggal kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Cara Ina menangkis bidasan orang sama dengan arwah SS dulu. Puas hati akak mendengarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sebak suara YB cerita pasal Ayden. Dia punya sebak dan risau tu macam anak dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kak Long kantoikan diri sendiri. Sakan Irfan gelak tengok Kak Long tersasul teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Terkejut Bella rupa-rupanya bakal mak mertua telefon, pandai cikgu berlakon.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sedap suara Kak long bawa lagu Rossa, sampaikan Rossa pun puji tak henti-henti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Menangis weh dengar, siapa yang tak rasa sedih rakan baik pergi secara tiba-tiba.. ” – Komen Netizen