Artis / Selebriti
” Rees ni kontra betul dengan Leona. Comel je tengok Rees tengah lag, haha.. ” – Komen Netizen

Video Gelagat Kasih Iris Leona Dan Kembarnya, Rees Bersama Penyampai 3 Pagi Era Buat Ramai Terhibur. Kontra Betul Leona Dengan Rees. Seorang Peramah, Seorang Lagu Pemalu. Terkebil-Kebil Rees Nak Ikut Step Leona. Lama Sangat Lag Tu Rees, Haha !!
Kasih Iris Leona antara nama influencer yang menjadi sebutan wargamaya. Anak bongsu kepada aktor Azhar Sulaiman ini pulang bercuti dan masa yang ada dimanfaatkan dengan melakukan banyak kerja. Selepas muncul di Sepahtu Reunion, Leona kini ke udara pula bersama geng 3 Pagi Era.
Meninjau akaun Instagram Kasih Iris Leona, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Leona bersama Nabil Ahmad, Radin Era, Pak Azad dan kembar Leona, Rees membuat video menari bersama. Pandai menyesuaikan diri dengan orang di sekeliling, Leona mudah serasi dengan geng penyampai Era.
Leona sememangnya seorang yang lincah dan agresif. Tarian sebegini bukan perkara yang sukar untuk Leona tetapi berbeza dengan abang kembarnya itu. Rees yang sedikit pemalu kelihatan terkebil-kebil ketika cuba mengikuti tarian Leona dan geng Era.
Gelagat Rees itu menjadi perhatian warganet yang menonton video ini. Rees berwajah handsome seakan bapanya, Azhar Sulaiman ketika muda. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Seronok sungguh Leona dapat meluangkan masa bersama geng 3 Pagi Era.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini meraih pelbagai komentar daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Leona punya ketawa contiguous tengok abang-abang era dia so funny hahhaa cute jer dia.. kelakar leona ni.. ”
” Rees was like i shouldn’t be doing this. Blink if you need help Rees haha.. Rees tu Sama kejung dgn Pak Azad.. ”
” Hahaha rees kat belakang macm kena mangsa keadaan haha dahlah pemalu dia kena layan abg2 dan adik dia hahaha.. ”
” Rees ni kontra betul dengan Leona. Comel je tengok Rees tengah lag haha. sporting dia. Walau pun tak sure moves TikTok tu dia bantai je. Cool.. ”
” Bestnya tengok MekNa, Pak Azad mcm biasa lah dia punya perangai haha. Rees tu sopannya, okay tak tu rees hehe.. Rees lagging.. ”
” Pak Azad buat perangai dekat belakang tu haha.. Rees pulak tak dapat connect apa korang buat haha.. comel je handsome boy tu.. ”
” Rees tengah fikir dekat belakang haha, comel la. tak tahu nak ikut step mana, dia bantai je janji gerak haha.. ”
Nama sahaja kembar tetapi perangai cukup berbeza antara Leona dan Rees. Tidak mengapa Rees, selepas ini boleh belajar dengan Leona step untuk menari. Apa-apa pun, semoga Leona dan Rees mencapai kejayaan dalam hidup dan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kasih Iris Leona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin