Artis / Selebriti
” Suka tengok Watie dan ayat last tu, sentiasa menghargai kisah lalu Shuib.. ” – Netizen
Video Shuib Sepahtu Membawa Watie Makan Di Kedai Makan Kesukaan Arwah Siti Sarah. Ramai Yang Suka Tengok Penerimaan Watie, Sangat Memahami. Ayat Last Watie Pada Shuib Tu Buat Ramai Tersentuh. Memang Tepat Pilihan Shuib !!
Meninjau akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib bersama Watie sedang menjamu selera di kedai kesukaan arw4h Siti Sarah. Kata Shuib, sudah 13 tahun dia makan di kedai ini dan Sarah lah yang memperkenalkan tempat makan tersebut.
Hidangan yang lazat dan pelbagai menu yang ada, Sarah sejak dari zaman sekolah lagi menjadi pelanggan setia di situ. Kini setelah Sarah tiada, Watie pula menjadi pengganti peneman Shuib makan di sana. Alhamdulillah Watie juga suka dengan semua hidangan yang ada di sini.
Watie juga sempat berseloroh mengatakan ini tempat kesukaan Shuib dan Sarah. Sikap Watie yang memahami ini mendapat pujian daripada ramai warganet. Banyak kenangan Shuib dan Sarah di sini, namun Watie tidak kisah dan bersikap terbuka.

Kelakar dan sweet melihat Shuib dan Watie. Kali ini Shuib sudah pandai merakam gelagat Watie dengan baik. Kamera tidak dihala terlampau dekat sehingga menampakkan Watie sepenuh-penuh skrin seperti sebelum-sebelum ini, hehe. Asyik gelak sahaja Watie ini, seorang yang ceria sama perangai dengan arw4h Sarah.
Jom tonton video di bawah :
Baru sahaja dikongsikan, posting oleh Shuib ini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Watie strong women. We love the way you are.. Alhamdulillah untung suib dpt isteri yang memahami dan ikhlas terima Suib & family.. ”
” Sweet Watie ni.. sarah satu kenangan, yang ada depan mata mesti kena happy-happy.. suka tengok tak fake.. ”
” Nampak shuib betul2 jaga bini dgn terbaik. shuib mmg layak dijadikan contoh terbaik utk suami mithali terbaik di malaysia.. ”
” Salah satu sebab kenapa suka Watie. Dia very understanding dan professional.. Watie ni jenis memahami seseorang… dia lyn kehendak suami dia.. ”
” Kita pulak senyum.. bagus la watie sangat memahami, tapi shuib pun jgn selalu2 sgt sebut arw4h, maksudnya jgn ada compare2, kdg hati perempuan ni dtg juga rasa cemburu. tu fitrah, tapi isnyaAllah watie seorang yg faham, betul dah pilihan soib.. ”
” Sy berkenan sgt dgn Watie ni, Shuib bw dia ke tmpt kenangan dia bersama arwah pun Watie x kecil hati.. malah dia nmpk happy sgt.. ”
” Sportingnya watie… Makin lama makin tersuka pula. Suka tngok watie n ayat last tu, sentiasa menghargai kisah lalu shuib.. moga bahagia buat kalian sekeluarga.. ”
Komen Watie juga menarik perhatian warganet :

Warganet semakin menyukai Watie dan yakin pilihan Shuib tidak salah. Watie dapat menerima masa lalu Shuib seadanya dan sama-sama menikmati tempat kenangan Shuib bersama Sarah. Semoga Watie dan Shuib berbahagia selalu sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Oii banyak kak, ngeri. Saya pernah reached paling tinggi saya rasa.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah



