Artis / Selebriti
” C0py and paste ni. Character sama, lembut je nampak. Sama-sama lawa.. ” – Netizen
Fazura Kongsi Gambar Throwback Dan Ucapan Khas Sempena Ulangtahun Kelahiran Mamanya, Fadhillah Nasir. Wah Jarang-Jarang Dapat Tengok Gambar Mama Faz Ni. Cantik Dan Awet Muda. Ada Yang Kata Iras Kerabat Diraja Brunei !!
Menerusi akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan beberapa keping gambar throwback Fazura bersama mamanya. Panjang coretan Fazura kali ini dan ianya istimewa sempena ulangtahun kelahiran mamanya ini. Fadhillah Nasir, wanita yang menjadi ratu hati dan idola Fazura.
Semua tahu, Fazura sangat menjaga privasi keluarganya ini dan jarang dapat melihat Fazura bercerita tentang kisah keluarga. Fazura bertanyakan kepada mamanya apakah hadiah yang diinginkan untuk hari lahirnya itu, namun mamanya hanya memohon doa sahaja.
Fazura turut berkongsi keperibadian mamanya yang protective terhadap anak-anak dan tidak suka menyusahkan anak-anak. Fazura turut mengucapkan terima kasih kepada mamanya ini atas segala pengorbanan yang dilakukan. Betapa syukurnya Fazura kerana menjadi anak kepada mamanya ini.

Melihat wajah ayu mama Fazura, ramai yang memuji kejelitaannya itu. Macam kakak dengan adik sahaja, tak begitu dimamah usia. Ada juga yang mengatakan mama Fazura kelihatan seperti wajah kerabat di raja Brunei. Gaya tudung pun sama.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Fazura ini telah pun mencatatkan lebih 37 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy birthday mama kak faz.. Beautiful inside and out .. Macam kerabat di raja Brunei, cara bertudung pun sama.. ”
” Mama yg sgt baik.. terlalu baik… kalau jumpa saya tetap panggil mama, sebab beliau sentiasa tanya khabar saya.. ”
” Sanah helwah mama Faz.. semoga Allah kurniakan segala kebaikan dunia dan akhirat buat mama Faz.. pernah bersembang dgn mama dl.. sgt lembut dan baik. ”
” Mak Faz ke tu.. Tudia macam akak dengan adikkk je.. muda la mak Faz, lawa betul patut lah Faz pun cantik.. ”
” Copy and paste ni. Character sama je lembut je nampak… sama2 lawa. Happy birthday puan moga dlm rahmat Allah selalu.. ”
” Macam ada vibes Brunei la style mama Fazura.. Happyyyy Birthday auntie… May Allah bless u with all the happiness u deserve.. ”
” Happy birthday mama faz..may Allah Swt protect u dunya akhirah..ur mom so elegant missfazura she’s like permaisuri diraja.. ”
Cantik sungguh mama Fazura, patut lah Fazura pun lawa mewarisi kecantikan mamanya. Kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat mama Fazura dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

