Artis / Selebriti
” Suara Kak Lina memang memukau lah. Dah macam telan kaset, auto pergi ke zaman 1999.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein menyanyi lagu Janji Kekasih raih pujian ramai. Sedapnya suara Kak Lina, penuh penghayatan Kak Lina menyanyi. Tak ada kena ‘rasuk’ pun, hehe..
Sebut sahaja nama Elly Mazlein, sudah pastinya ramai yang mengenalinya. Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina ini bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, malah juga dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Telatah Kak Lina sering membuat ramai tak kering gusi ketawa melihatnya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Kak Lina ada memuatnaik video yang memaparkan dirinya sedang menyanyikan kembali lagunya yang bertajuk Janji Kekasih. Bagi yang mengikuti Kak Lina dahulu sebagai seorang penyanyi, pasti mengetahui yang lagu ini antara lagu yang menjadi siulan peminat Kak Lina.
Menerusi video tersebut, kelihatan Kak Lina menyanyi dengan penuh penghayatan dan menjiwai lagu tersebut. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suara Kak Lina masih maintain seperti dahulu.

Bukan itu sahaja, ada yang meminta agar Kak Lina mengadakan konsert untuk para peminatnya yang merindui lagu-lagu nyanyian Kak Lina dahulu. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai nyanyian Elly dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Suara Kak Lina memang memukau lah. Dah macam telan kaset auto pergi ke zaman 1999. Suara Kak Lina maintain merdu lah.. “
” Kalau kepom buat concert. I pergi tau.. Pleaseeee buat semua lagi fav i.. Tak sabar i, i rindu sangat lagu2 dulu, mengimbau kenangan sangat.. “
” Bila Kak Kepom nk buat show utk rakyat majmuk.. Kt Zepp je Kak Kepom, kita santai throwback lagu nombor syatuuuu Kak Kepom. Love sgt.. “
” Pom telan keset chuols.. Tapi kite jangka kan, libasan rambut remos tu.. Buat majmuk vote pom menang showmanship terpalingggg, hehe.. “
” Versatile tetap nombor Syatuuu … Semua takleh lawan. ABP36 dia boleh tapau ni. Kan.. Pls lah buat konsert 1 kali, nak pergi.. “
” Ini lagu feveret saya.. Sedap betol kepom nyanyi.. Sebijik macam penyanyi asal Elly Mazlein, hehehe… Rindu lahhhh.. “
” Alhamdulillah Kali nie baru nampak kak kepom tak di rasuk. Kalau tak tu semua benda dia nak merasuk.. Nak² lagi tengok cite jutawan express kat astro, haha.. “
Patut lah ramai yang memuji, memang sedap sungguh nyanyian Kak Lina. Bak komen warganet, suara Kak Lina seperti ‘telan kaset’ . Semoga satu hari nanti ada rezeki Kak Lina membuat konsert untuk peminat-peminatnya dan semoga Kak Lina terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Moment ni touching tau, I pulak yang cry.. ” – Komen Netizen

