Artis / Selebriti
” Suara dia lagi Cakra Khan berbanding Cakra Khan original.. ” – Netizen
Video Nyanyian Seorang Jejaka Bersama Cakra Khan Buat Ramai Terpukau. Wow Suara Dia Serupa Betul Dengan Suara Cakra. Sampai Tergamam Cakra Dibuatnya, Dah Macam Dengar Suara Sendiri. Gandingan Duet Yang Padu !!
Memiliki suara yang lunak merdu itu adalah anugerah dan rezeki daripada Yang Esa. Ada orang yang mempunyai suara seperti selebriti terkenal dan salah seorangnya adalah jejaka bernama Boby Fahsai yang pernah viral sebelum ini.
Meninjau akaun Instagram Berita Kopak, telah dikongsikan satu video yang diulangsiar dari akaun Tikt0k apizzhassan memaparkan paduan suara antara Boby dan penyanyi terkenal negara jiran, Cakra Khan. Sebelum ini ramai yang meminta Boby menyanyi bersama Cakra dan impian akhirnya tercapai.
Dalam video ini, dapat dilihat kehebatan suara Boby dan ianya membuatkan Cakra sendiri tergamam. Wow suaranya sama sangat dengan Cakra, boleh tertukar ini yang mana satu penyanyi asal dan yang mana bukan.

Dendangan Boby dan Cakra ini mendapat tep0kan gemur0h daripada semua penonton yang menonton persembahan mereka ini. Bukan semua orang dapat satu pentas dengan penyanyi popular Indonesia ini, hebatlah.
Jom tonton video di bawah :
Ini pula perkongsian di Instagram Boby Fahsai. Wah untung dapat sepentas dengan Cakra. Suara pun sama hebat satu dari Malaysia dan satu lagi dari Indonesia. Padu betul suara kedua-duanya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih perhatian dan ramai yang memuji kehebatan suara Boby. Antara komen-komen yang diberikan :
” Seronok nya.. Suara bagus dari dua negara Indonesia Malaysia. Salam dari Indonesia buat pakcik Makcik saudara semua di Malaysia… We are Family.. “
” Yang ditunggu-tunggu Dan akhirnya duet bareng kembaran seraknya selamat ya bro boby_fahsai.. “
” Akhirnya… Yang di request netizen bertemu juga… cayalah boby, terbaik collab ni. terpegun dengar.. “
” Bukan kaleng-kaleng tuk bob. Salutee lah, power suara. Dua-dua pun comel, merem4ng dengar.. “
” Oh my god bobby, You are amazing. mantaplah bro, sedap sangat suara. Jadi kenyataan kan tiada yang mustahil.. “
” Wow duet paling power setakat ni, terbaiklah. Suara dia lagi Cakra Khan berbanding Cakra Khan original.. “
” Aku dulu selalu tengok tiktok dia, nyanyi depan cermin memang padu. Pergh feel dia sampai oh.. telan halkum Cakra Khan ni, sama betul suara.. “

Hebatlah anak muda, tiada yang mustahil dan terbukti bakat yang ada dihargai oleh ramai. Teruskan usaha untuk terus bersinar dalam dunia seni ye Boby. Semoga bakat Boby ini akan menjadi salah satu penyanyi pelapis pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Kopak, IG boby_fahsai, Tik T0k apizzhassan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

