” Suara aku memang sedap, Jebat pun suka.. ” – Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz Ahmad Kongsi Video ‘Nyanyiannya’ Ketika Bermain Bersama Jebat Jayden. Amboi Suka Sangat Jebat, Ketawa Sakan Dengar Babanya Menyanyi Yer !!

Umum mengetahui kisah Sharnaaz Ahmad bersama Noor Nabila dan anak mereka Jebat Jayden. Sekalipun sudah berpis4h, hubungan mereka akrab dan setiap hari Jebat pasti akan berjumpa Babanya ini tidak mengira waktu samada siang atau pun malam dan ianya menjadi jadual rutin harian untuk Sharnaaz.

Meninjau akaun Instagram Sharnaaz, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan gelagat Jebat yang sedang ketawa riang apabila bersama Sharnaaz. Dalam video ini, kedengaran suara Sharnaaz menyanyi dengan hanya menyebut perkataan da da da sahaja namun cukup menghiburkan Jebat.

Sharnaaz turut bertanyakan kepada Jebat adakah suara Baba sedap sehinggakan Jebat ketawa kuat. Sememangnya melihat Jebat gembira pasti membuatkan hati Sharnaaz turut bahagia. Hati ayah mana yang tidak terhibur apabila melihat anaknya ketawa girang sebegini.

Kanak-kanak seperti usia Jebat yang kini sudahpun berusia 2 tahun pasti selalu aktif dan lincah. Sharnaaz juga selalu merakamkan aksi Jebat setiap kali mereka bertemu. Jebat yang banyak mulut ini suka ‘berbual’ dan bercerita kepada babanya ini dalam bahasanya tersendiri yang membuatkan sesiapa sahaja menonton ikut terhibur.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Jebat ketawa riang mendengar Sharnaaz menyanyi ini menarik perhatian ramai peminat. Alahai tak pernah tak comellah Jebat ni. Ketawa tu menghiburkan hati dan antara komen-komen mereka :

” Takpe janji ank suka baba nyanyi. baba nyanyi dkt anak kire bole la.. Kalo nyanyi utk mummy, acane haha.. “

” Alahai jebat, suka sungguh ger4m tengok gelak Jebat tu. As long he is happy, continue nyanyi je hehe. Suara baba dia mcm suara bujang lapok mandi dlm bilik air basah mata jaaaaa hahaha.. “

” Amboi.. sukanya dia, happy boy la baby J ni. Pembakar semangat baba dia, happy jebat dgn baba dia. Apo happy sgt jebat dgr suara baba nyanyi mcm buat lawak ke. “

” Hahahaha hamb0ii dia nak tergelak sangattt aihh hahahaha. Jebat seronok sangaat laa. Peminat baba dia no one in tue world ni. kemain ger4m dia, Dah kena nyanyi selalu lah.. “

” Comeiiii aihh dia gelakk gituu, sedap sangat sora baba hahaha. Mudah betul Jebat terhibur,  suka sgt dia comel dan Super ad0rable. sedap sgt suara babah tu sampai gelak sak4n Jebat.. “

” Alahai… Tengok jebat gelak hilang str3ss kami, this boy kan boleh buat sapa2 pun tersenyum dan rasa senang.. “

” Seronoknya dgr baba dia nyanyi hahahaaa suka sgt suara baba dia. kita pun tegelak tgk dia. seorg ayah melayan ank, aura seorg ayh ni lain.. “

Noor Nabila juga tidak ketingg4lan meningg4lkan komennya terhadap perkongsian daripada Sharnaaz itu. Amboi mommy sempat lagi menyak4t Baba yer.

Seronok sungguh Jebat bergelak ketawa dengan baba nya ini. Gaya ketawa Jebat itu bukan hanya membuatkan Sharnaaz terhibur malahan peminat yang melihat ikut sama ketawa. Apa pun, semoga Jebat membesar dengan penuh kasih sayang dan sentiasa menceriakan kehidupan Sharnaaz dan Nabila.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad, IG Noor Nabila

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..