Artis / Selebriti
” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
Ucapan terima kasih Bella Astillah kepada YB Syed Saddiq kerana sudi menemani Bella dan anaknya, Ayden Adrean ketika rehearsal TTMM2. Wah, jarang-jarang Bella bahasakan YB Saddiq macam tu. Komen balas YB Saddiq pun sweet sangat..
Semalam, rancangan hiburan popular Talk To My Manager musim ke 2 tampil lebih istimewa apabila diserikan dengan kehadiran penyanyi, Bella Astillah bersama anak sulungnya, Ayden. Kehadiran ibu dan anak ini bukan sekadar sebagai tetamu biasa, malah mereka turut mempersembahkan sebuah nyanyian duet yang cukup menyentuh hati.
Apa yang lebih menarik, kehadiran Bella pada malam itu sebenarnya adalah sebagai juri jemputan bagi minggu pertama rancangan tersebut. Aura dan karisma yang ditampilkan jelas membuktikan kredibilitinya dalam industri seni. Meninjau di akaun Instagram miliknya, Bella turut berkongsi beberapa gambar dan video sepanjang penglibatannya dalam program berkenaan.
Menerusi ruangan kapsyen, Bella meluahkan rasa terharu dan syukur kerana buat pertama kalinya dia berpeluang berduet bersama anak sulungnya secara langsung di kaca televisyen. Momen tersebut dianggap sangat bermakna buat dirinya sebagai seorang ibu dan juga anak seni, apatah lagi dapat berkongsi pentas bersama insan tersayang.

Dalam masa yang sama, Bella tidak lupa merakamkan penghargaan kepada pihak produksi Talk To My Manager 2 kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri jemputan. Perkongsian oleh Bella itu telah menarik perhatian warganet.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Bella tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aaaauchhh my fiance.. Rasa nak guling2 jap hehe.. Support system terbaik di abad ini jatuh kpda daddy Saddiq, yeayy.. “
” From “YB” to “my fiancé”… Acecehcehhh kita yang baca pun jadi blushing juga ni.. Sweet lah pasangan ni.. “
” Multitalented like the parents.. Arghhhh my fiance, auto tak sabar tunggu caption my husband.. Cepat2 lah kahwinnn plss.. “
” Alhamdulillah rezeki Ayden dan ara dapat daddy yg penyayang.. Semoga keluarga kecil ni bahagia hingga syurga Aamiin2.. “
” Beautiful bonding Mom, Ayden & Daddy Saddiq.. May Allah grant all the happiness in Dunia and Akhirat till Jannah to you Bella, Syed Saddiq and both families.. “
” Dia taip je tau ‘my fiance’ tu, ehhh senyum tu sampai tak nampak dah mata sepet aku ni, ahahaha masalah betul lah aku ni.. “
” Rasa nye 1 Malaysia tersengeh skrg kn.. Dengan YB rply both of my love.. Arghh… Rasa mcm BASS bercinta ajak 1 Malaysiajoin.. Lovenyaaaa.. “
Komen daripada YB Syed Saddiq turut meraih perhatian ramai :

Paling istimewa, di akhir penulisan, Bella juga turut mengucapkan terima kasih kepada YB Syed Saddiq yang kini merupakan tunangnya kerana sentiasa setia menemani serta memberi sokongan sepanjang sesi latihan dan semasa rancangan tersebut. Kehadiran insan tersayang di sisi jelas menjadi sumber kekuatan buat Bella dalam setiap langkahnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bellaastillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen

