Artis / Selebriti
” Anak menyanyi dengan papa, mummy pula pengarah. Fuhh padu lah.. ” – Komen Netizen
Video Ameng Spring dan anaknya, Azeva Natassha ketika sesi recording concept dan movement untuk lagu Sejiwa raih perhatian ramai. Wah profesional betul Ameng dan Dato’ A. Aida. Untung Azeva dapat bekerjsama dengan ibu dan ayahnya dalam masa yang sama..
Persembahan Azeva Natassha yang merupakan anak kepada Dato’ A. Aida dan Ameng Spring di konsert pertama Talk To My Manager musim kedua telah berjaya mengundang sebak di kalangan penonton. Kehadiran Ameng yang turut menemani serta membuat persembahan bersama anaknya itu menjadikan momen tersebut lebih menyentuh hati.
Momen penuh emosi itu jelas memperlihatkan hubungan erat antara ayah dan anak yang masih utuh. Keserasian mereka di atas pentas bukan sahaja mempamerkan bakat, malah menyampaikan rasa kasih sayang yang tulus, membuatkan ramai penonton turut hanyut dalam suasana penuh perasaan itu.
Meninjau di akaun Instagram milik ibu Azena iaitu Dato’ A. Aida, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Azeva dan Ameng menjalani sesi rakaman konsep serta pergerakan (movement) bagi lagu Sejiwa. Lagu tersebut dinyanyikan oleh Azeva ketika persembahan di pentas TTMM2 semalam.

Untuk info, lagu Sejiwa merupakan nyanyian asal oleh Ameng sendiri. Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian warganet yang rata-ratanya teruja melihat Azeva membawa lagu berkenaan dengan versinya yang tersendiri, namun masih mengekalkan jiwa dan emosi lagu asal.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Anak menyanyi dengan ayah, mummy dia pula pengarah. Fuhh padu lah.. Beruntungnya dpt full support dr both parents yg hebat.. Fly high Azeva.. “
” Sy selalu tgk live abg Ameng.. Dia selalu puji Azeva. Tadi pn dia cakap, lepas Azeva dpt masuk TTMM ni, dia rasa lega.. “
” Lagu ni nostalgia Betul..zaman2 muda..Bila anaknya nyanyi rasa best sgt pulak.. Terbaik family ni.. All the best Ezeva.. “
” Memg sedplh best sgt persembhn ank Dato.. Ada pula Ameng spring suka lagu2 nya.. Terus mengimbau kenangan.. “
” Best giler prsmbh smlm, gud luck for next week ya.. Ezeva memang anak yang berbakat, suara dia sangat unik.. “
” Saya peminat lagu Ameng.. Semalam dengar nyanyian anak dia jadi minat jugak suara anak dia.. Memang merdu sangat.. “
” Bukan biasa2 nii Azeva.. Respect earned, sis Aida dengan bekas suami dan sanggup mengetepikan ego untuk kebahagiaan anak anak.. Saya doakan hubungan ini kekal hingga k.. “
Dalam pada itu, ramai juga memuji sikap profesional dan matang yang ditunjukkan oleh Dato’ A. Aida dan Ameng. Walaupun mereka telah lama berpisah, hubungan baik yang dikekalkan demi kerjaya dan masa depan anak mereka jelas menyentuh hati ramai dan turut menjadi contoh positif kepada masyarakat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG a.aidaproduction
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen

