Artis / Selebriti
” Sekarang bahagia, jauh lebih bahagia sebab saya ada dunia di luar politik.. ” – YB Syed Saddiq
Video YB Syed Saddiq meluahkan perasaannya selepas mengenali Bella Astillah buat ramai teruja. Wah, betul lah Bella 1st love YB Saddiq. Blushing dengar bait-bait kata YB Saddiq tu..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Scha.aaaa1, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan YB Syed Saddiq hadir dalam podcast Lebih Masa. Banyak yang dibicarakan dalam podcast ini mengenai karier politik dan juga kisah cinta YB Saddiq dan Bella Astillah.
Ketika host podcast bertanyakan mengenai perasaan YB Saddiq ketika ini, tanpa berselindung YB Saddiq meluahkan rasa bahagianya. Jika dulu, YB Saddiq tidak memikirkan mengenai perkahwinan dan hanya menumpukan perhatian kepada karier politik, kini keadaannya sudah berbeza.
Semenjak mengenali Bella, kehidupan YB Saddiq sudah berubah. YB Saddiq dapat mengenali dunia luar selain politik. Dunia yang penuh warna warni dan rasa bahagia yang luar biasa. Ini merupakan satu pengakuan yang eksklusif untuk semua pencinta BASS.

YB Saddiq mula berjinak dengan dunia politik sejak usia muda lagi dan pada usianya yang sudah mencecah 33 tahun, baru lah cinta hadir dalam hidup YB Saddiq. Memetik komen warganet, dari luahan itu dapat disimpulkan bahawa Bella adalah wanita pertama yang berjaya membuka hati YB Saddiq untuk mendalami apa itu cinta.
Jom tonton video di bawah :
@scha.aaaaa1 ni lah namanya jatuh cinta. dia bahagia guysss #syedsaddiq #bellaastillah podcast lebih masa
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” He is indeed in love.. dia pegang cincin,mmg tau dia bahgia.. Body language dia kita boleh nmpk dia sgt bahagia kan.. “
” Mmg Allah gantikan kedukaan bella sebelum ni dgn sejuta kebahagiaan.. br dgr sikit podcast tp sumpah nmpk luahan yb ikhlas dari lubuk hati nya..ya Allah moga kau jagalh perhubungan mereka dan jauhilh dari perasaan hasad dengki manusia ..amin.. “
” Dia masuk politik pada usia muda, disaat anak anak muda ada zaman indah mereka tapi beliau hari hari kena pikir politik masalah itu ini, bila bella hadir, baru dia terasa bahagia yg mungkin dia tak pernah rasa peluang itu dulu.. “
” Saya yang dgr pun dpt feel rasa dia bahagia tu. mmg ikhlas betul jawapan tu. semoga kekal sampai akhir usia ya. ramai yg pandang tu, ada yg suka ada yg tak suka. tp semoga doa lebih power membahagiakan kalian.. “
” YB siap tutup mata time sebut kebahagian luarbiasa. tk pyh ckp pun mmg nampak YB sgt bahagia… lama dh tngok YB bahagia sejak temui cinta dlm hati utk si tunang nya.. “
” Bila dgr podcast ni betul2 yb baru first time jatuh cinta kann.. selepas dgn Bella kann.. bella ni first love YB. kita dgr kita yg rasa bunga2 nya.. blushing berjemaah ni.. “
” He really obsessed with bella.. to know yg dia bakal jadi suami,and ada 2 org anak.. which is call family, that’s y yb sgt excited… berbunga2 betul hati YB.. “
” Dia dah tak sebut dah “bella” ke “iron lady” ke.. berulang-ulang kali cakap “tunang saya”.. kita pulak jadi sengih-sengih sorang.. ”
Luahan hati yang ikhlas daripada YB Saddiq mengenai rasa bahagia yang dirasainya sejak adanya Bella. Dunia yang jauh berbeza daripada dunia politik yang mengajar YB Saddiq erti cinta sebenar. Semoga cinta dan kasih sayang YB Saddiq untuk Bella serta anak-anak berpanjangan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Scha.aaaaa1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

