Artis / Selebriti
” Ada banyak perbincangan mengenai perancangan masa depan sebab saya tak nak.. ” – YB Saddiq
Pendirian YB Syed Saddiq berkenaan perjalanan karier seni Bella Astillah setelah mereka berkahwin nanti raih pujian warganet. Fuh jarang lelaki pemikiran seperti ini. Memang green flag sangat lah bakal suami Bella ni..
Tali pertunangan telah pun diikat dan seluruh pelusuk negara hanya menanti pengumuman rasmi daripada pasangan sensasi, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah mengenai tarikh hari bahagia mereka. Ramai yang cuba mengorek tarikh keramat yang dipilih oleh pasangan ini namun sehingga kini, masih belum ada yang berhasil.
Menerusi perkongsian di akaun Instagarm Alexsandrakong dan Tiktok Kaknaabeadampcb, telah dikongsikan beberapa sedutan video yang memaparkan YB Saddiq tampil sebagai tetamu podcast Lebih Masa. Podcast yang membicarakan mengenai liku politik YB Saddiq ini turut menyelitkan perihal cinta MP Muar ini.
Ramai yang berpendapat Bella perlu berhenti berlakon dan menyanyi setelah mereka diijabqabulkan nanti. Namun bagi YB Saddiq, dia tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Tegas YB Saddiq, jika dirinya ada impian yang ingin dicapai, begitu juga untuk kekasih hatinya itu.

YB Saddiq tidak mahu mementingkan diri dan memusnahkan impian Bella kerana baginya, tidak adil sekiranya Bella mengorbankan impian dan karier. Penjelasan daripada YB Saddiq ini cukup jelas dan YB Saddiq turut mendedahkan pendapatan Bella yang membuatkan ramai teruja.
Jom tonton video di bawah :
@kaknaabeadampcb Aah dengar tu dah makin dekat Nih🥰🥰🥰🥰@Bella Astillah @Syed Saddiq
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Saya risau kelantangan saya mungkin menyekat kemaraan ‘tunang’ dlm mengejar impian nya.. kita faham YB.. semoga semua baik2 untuk karier YB & yayang bella.. “
” Tak sabarnya ya Allah nk tgu “aku terima nikahnya Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah dgn emas kahwinnya bnilai XXX tunaiiiii”. moga mudah semua urusan BASS, aminnn yra.. “
” Wah, dah kursus eh, mmg tak lama dah tu, Mei or June very close coming soon.. Dia xnak bella korbankan impian tp kejar impian tu.. “
” Green forest betul..wlupun bujang..dia nk bljr cara utk jd suami dan papa yg terbaik. YBSyed Saddiq dan Bella Astillah mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain yg penting saling menghargai dan memahami.. “
” Pasangan mcm ni baru betul.. Ni belum ape2.. Ko tak boleh buat ni.. Ko tak boleh buat tu… Dia buat boleh.. part paling best dengar Ayden anak I…woww.. ‘tunang Saya’…arghhhh…sukanya dengar.. “
” Terbaik YB tak akan menghalang Bella untuk terus berkerjaya dan success atau meminta dia menjadi surirumah.. “
” Mulianya hati YBSS..Jujur ikhlas sungguh menyintai Bella walaupun bakal isteri seorg ibu tunggal…Terpamcar kegembiraan yg tak dapat digambarkan…speechless tak tahu nak kata apa lagi dah …Semoga berbahagia hingga ke janah.. “
YB Saddiq dan Bella saling memahami dan menyokong antara satu sama lain. Bak kata YB Saddiq, tidak perlu Bella mengorbankan semua itu. Bella akan tetap dapat mencapai impiannya kerana YB Saddiq adalah tulang belakang yang akan sentiasa mendokong Bella.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alexsandrakong, Tiktok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku serius terkejut sebab tak expect sedap. Terbeliak jugak aku dengar dia nyanyi.. ” – Komen Netizen

