Artis / Selebriti
” 1st time performance dengan ayah sebenarnya buat Azeva sedih tapi.. ” – Azeva
Video penjelasan Azeva mengapa dia menangis selepas menyanyi bersama Ameng Spring di konsert pengenalan TTMM2 buat warganet tersentuh. Patut lah Azeva beremosi sangat, ini rupa-rupanya sebabnya..
Bahtera rumahtangga Ameng Spring dan Dato’ A. Aida telah pun menjadi lipatan sejarah dalam kehidupan mereka. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 2 orang anak iaitu Az Aleesa dan Azeva Natassha. Bakat seni Ameng diwarisi oleh anaknya, Azeva.
Semalam menyaksikan persembahan hebat Azeva bersama Ameng Spring di konsert pengenalan Talk To My Manager musim 2 (TTMM2). Ianya satu kejutan untuk semua dan persembahan tersebut menyentuh hati penonton. Azeva tidak dapat menahan air matanya sejurus selesai persembahan bersama papanya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penjelasan Azeva mengapa dia tidak dapat mengawal emosi ketika berada di atas pentas. Jelas Azeva, hatinya tersentuh kerana dapat sepentas bersama kedua ibu bapanya setelah 22 tahun berlalu.

Tambah Azeva lagi, kali terakhir mereka dapat bersama seperti itu ketika usianya 3 tahun. Sebagai seorang anak, Azeva bersyukur kerana pentas TTMM2 dapat menyatukan kembali mereka sekeluarga. Dato’ A. Aida juga menegaskan, hubungannya bersama Ameng baik dan tiada masalah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah.. baguslah walau dah berpisah.. masing2 tetap utamakan anak.. buang yg keruh ambik yg jernih.. “
” I feel you. i pun lepas berpuluh tahun tak jumpe nak kawin baru jumpe ayah balik.. dengan i sekali nangis tengok perform dia.. “
” Alhamdulillah syukur tengok keluarga ni kembali bahagia walaupun dah berpisah jua..best lagi tengok moment ameng petik gitar utk anak perempuan nya..moga Azeva dapat no.1.. “
” Bagus lah walau pun dah berpisah terus lah berbaik. buang semua kisah lama jgn sebut2 pas is pas terbaik dunia pun tak lama. kita lebih kan utk ke sana.. “
” Baiknya hati Dato A Aida.. sentiasa hormat ex husband and ayah kepada Azeva.. sedihla pulak semoga Azeva jadi champion TTMM.. “
” Puas hati azeva. berjurai2 air mata saya tgk. Alhamdulillah ada bapa yang penyayang dan cakna.. azeva anak yang baik.. good job azeva.. and all the best to you darling.. “
” Sedih dengar ayat Azeva tu. hati mana tak sedih, 22 tahun bukan sekejap weh.. lama dia tunggu saat dapat bersama ameng.. lagi tambah sayu, mak ayah sepentas dengan dia.. “
Allah sebaik-baik perancangan dan pentas TTMM2 ini mengeratkan kembali mereka sekeluarga. Terluah juga apa yang terpendam dalam hati Azeva. Air mata kegembiraan seorang anak setelah sekian lama. Semoga hubungan ini akan berkekalan baik sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F9buzz, IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen

