Artis / Selebriti
” Aku serius terkejut sebab tak expect sedap. Terbeliak jugak aku dengar dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
Video persembahan hebat Cik B membawakan lagu Beggin’ di pentas Talk To My Manager 2 raih pujian warganet. Fuh memang tak sangka Cik B all out macam ni, terkejut tengok. Cik B memang anak Mama yang hebat..
Antara 10 orang peserta Talk To My Manager Talk To My Manager ( TTMM ) Musim 2, nama Cik B antara yang menjadi sebutan warganet. Dari awal lagi, Cik B sudah menegaskan tujuannya memasuki pentas TTMM bukan kerana duit tetapi untuk menonjolkan bakat yang ada dalam dirinya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, Media Hiburan Official, Astro Gempak dan Dato’ Seri Vida, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Cik B untuk minggu pertama TTMM semalam. Cik B membawakan lagu penyanyi luar negara berjudul Beggin’.
Mula sahaja Cik B menyanyi, satu dewan gamat dengan sorakan kerana terpegun dengan suara dan gaya Cik B. Dato’ Seri Vida sendiri terkejut melihat persembahan hebat daripada anaknya ini. Cik B dengan penuh keyakinan menyanyi dan rangkap rap yang dilakukannya juga sempurna.

Ramai di kalangan warganet yang memuji kehebatan Cik B beraksi di atas pentas. Ini adalah diri Cik B yang sebenar dan Cik B berjaya membuktikan kepada semua yang dirinya ada bakat besar yang boleh ditonjolkan. Tidak mustahil Cik B akan tersenarai dalam top 5 TTMM2.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cik b the best, i fikir u x boleh nyanyi but you can mantap.. cik b tak kosong ya.. Meriah & Gempaq CIK B punya peranan.. “
” Cik b memang ada barang punya budak, apa dia buat senang captured attention org.. muka tarik rezeki org tua cakap.. “
” Macho suara dia, walaupun badan dia berisi, dia boleh rap beb.. tak semput.. memang best.. showmanship dia malam td memang power.. “
” Terkejut sebab dia rappers tp malam nie mmg terkejut ahaha. dia boleh nyanyi dengan baik terbayang2 dia bawak lagu ular dari anita sarawak.. “
” Cik B allrounder… boleh rap, nyanyi, berlakon, berlawak, berbisnes, dll .. Mantaplah Cik B.. Showmanship power ni.. Kalau tok Naz dh cakap n puji tu…jd mmg betul…low register dia mmg sedap.. “
” Dia ni memang org tunggu, penghibur kat ttmm.. cik b ni dia ada aura dia.. power la cik b, mantap sangat.. mendonia cik b.. “
” Terpaling power cik B terpukau.. cik b anak mama yang hebat.. Semangat tgok TTMM kali ni sbb nak tgok Cik B mmg dia ada bakat suara padu.. “
” Aku dh ghisau cikb nk nyanyi mcm ne.. lah member perform nokkk.. Akuuu srs terkejuttt sbb tak expect sedap. terbeliak jugak aku tadi dengaq dia nyanyi.. “
Persembahan yang cukup mantap dan bertenaga daripada Cik B dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Cik B memang penghibur dan pandai menggunakan kelebihan yang ada. Semoga Cik B terus bersemangat untuk minggu akan datang dan berjaya sehingga ke final.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz, IG Media Hiburan, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah ke soalan ? Meh nak tengok, jangan-jangan soalan 1 tambah 1.. ” – Shuib Sepahtu

