Connect with us

Artis / Selebriti

” Key note suara dia macam Hafiz Suip. High note dia tarik pun sedap, suara paling solid.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Hussain membawakan lagu Hafiz Suip, Bahagiamu Deritaku di konsert TTMM2 raih pujian ramai. Fuh meremang dengar suara Hussain ni. Part tarik tu memang power, patut lah dapat markah paling tinggi..

Rancangan realiti TV, Talk To My Manager ( TTMM ) musim 2 kembali bersiaran di kaca TV. 10 orang peserta berentap dan semuanya memiliki kehebatan mereka yang tersendiri. Antara peserta yang dinanti-nantikan adalah anak saudara Dato’ Jamal Abdillah, Hussain.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz dan Media Hiburan Official, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Hussain untuk minggu pertama TTMM2 semalam. Hussain membawakan lagu popular dendangan Hafiz Suip berjudul Bahagiamu Deritaku.

Persembahan oleh Hussain ini meraih pujian tidak hanya daripada warganet tetapi juga daripada juri tetap, Dato’ AC Mizal. Satu nyanyian yang hebat disajikan untuk penonton. Tone suara Hussain dan sebutannya juga sangat jelas, disertai penghayatan yang menusuk ke hati penonton menambahkan rencah untuk persembahannya ini.

Ramai yang menjangkakan Hussain boleh menggondol gelaran juara untuk musim ini. Cara Hussain menyanyi langsung tidak dibayangi penyanyi asal. Memetik komen warganet, Hussain ada suara dan imejnya yang tersendiri. Pertaruhan Hussain menyanyikan lagu Hafiz minggu ini ternyata berhasil menonjolkan kekuatan vokalnya.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Suara dan imej dia tersendri… Tk dibayangi ayah dia.. which is good.. sedap.. ada kelembutan.. Sedapnya lah suara Hussain ni. Good luck Hussain.. “

” This is pure talent. No nonsense. Aura juara..suara sedap..tk dibayangi oleh pak sedara dia dato jamal.. “

” Dia ada aura tersendiri.. sedap gila suara.. voice sebutan dia clear.. ada aura faizal tahir junior.. insha Allah boleh juara ni.. “

” Minggu pertama awk dh jd JUARA di hati pendengar.. Inn Syaa Allah JUARA final.. memang macam penyanyi pro dah.. “

” Anak sedare jamal abdillah, sepupu zaki yamani, osama yamani , kompom la suara sedap… keturunan penyanyi ayahnya pun penyanyi.. “

” Dia memang mantap. dia nyanyi best gila, dengar jelas dan feel tu sampai.. Kan da kata … Dia ni xyah dtg setiap minggu .. msuk final je teruss.. “

” Paling solid suara.. Dari time intro pun dgar suara dia,level2 jamal abdillah dh.bukan level nk try.. good sbb x nyanyi macam ayah dan pakcik dia.. “

” Key note suara dia mcm Hafiz Suip..sdp di dgr bila high note dia tarik pun sedap..low note pun dgr je di dgr jelas..moga pergi lebih jauh lg lps ni.. “

Hussain ada aura sang juara dan telah berjaya mencuri hati penonton walaupun baru konsert pertama. Teruskan usaha Hussain untuk menjadi yang terbaik dan pergunakan sebaik mungkin ilmu yang diturunkan oleh ayah sehingga berjaya. Tahniah Hussain kerana mendapat markah tertinggi untuk minggu pertama ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media Hiburan, IG F8buzz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak