Artis / Selebriti
” Steady Rina, yang penting tak panik. Bertuah betul, anak bijak ni.. ” – Komen Netizen
Video rakaman CCTV tindakan pantas anak Ryzal Ibrahim, Nik You Rina setelah tertumpah segelas ais di atas sofa raih pujian ramai. Fuh hebat strategi Rina tak nak terkantoi dengan Appa. Cool je Rina, bijak sungguh..
Anak kepada pasangan Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae, Nik You Rina seringkali mencuri perhatian warganet. Rina merupakan anak kacukan Korea dan Malaysia memiliki wajah yang comel dan akal yang pintar sama seperti Appa dan Ommanya. Setiap kali video Rina dikongsikan, pasti akan meraih tontonan yang tinggi daripada warganet.
Menerusi perkongsian terbaru Ryzal di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Rina ketika berada di rumah. Ini adalah rakaman CCTV rumah mereka dan terpapar Rina sedang duduk di atas sofa yang turut ada sebuah laptop di atasnya.
Segelas air yang penuh dengan ais juga kelihatan menerusi video itu. Rina dengan penuh berhati-hati minum minuman tersebut tetapi tanpa sengaja minuman tersebut tertumpah. Akibatnya sofa basah dengan air dan ketulan ais bertaburan di atas sofa itu.

Menyedari Ryzal berada di dalam bilik, Rina dengan segera menutup pintu bilik dan mengutip ais yang tertumpah kembali ke dalam gelas. Pantas tindakan Rina dan sesudah meletakkan kembali gelas itu ke tempat asal, Rina meluru laju ke dalam bilik dan cuba mengalihkan perhatian Ryzal supaya tidak keluar dari bilik.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Haha pandai Rina.. sempat dia masuk 1 dalam mulut tu. Steady Rinaaaa.. yang penting tak panic.. “
” Nampak kebijakan di situ dia menyelesaikan masalah. Effort dia betolkan & letak balik. Tidak meninggalkan begitu atau menangis atau panggil Appa . Dia boleh adjust dan kawal keadaan dgn tenang. Bijak betol cuma + klu dia boleh ambil kain atau tisu lap lagi power.. “
” Rina, ya Allah kenapa bijak sangat ni.. Satu masuk mulut, comelnya.. so smart.. bertuah betul anak bijak sorang ni.. “
” Pandai appa buat skrip.. mujur tak kena laptop.. part dia kutip ice cube tu alahai tak jadi nak marah yer appa omma.. siap tak bagi appa dia keluar.. “
” Bagusnya dia kutip balik, tak de tinggal gitu je dekat situ.. Pandainya Rina, adore la kecil lagi dah pandai selesaikan masalah dengan cukup tenang.. “
” Tunggu kering baru appa dgn rina boleh keluar ,okayyy ???heheheheh.. Sempat seketul ais masuk mulut.. budak bijak ni.. “
” Ini yg kita mahukan, apa2 yg jadi sila bertenang supaya boleh fikir step seterusnya.. Rina survival mode on, bijak bijak.. “
Sempat lagi Rina memasukkan seketul ais ke dalam mulutnya ketika memasukkan ais kembali ke dalam cawan. Apa-apa pun, Rina bukan sengaja menumpahkannya. Tindakan bijak dan pantas Rina harus dipuji. Baru berusia 4 tahun sudah pandai ‘mengatur strategi’ sebegini supaya tidak terkantoi, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen

