Connect with us

Artis / Selebriti

” So talented, tak kayu pun berlakon. Bakal Hero Malaya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

Video Hussain Jamilul Hayat sedang berlatih berlakon raih pujian ramai. Wah ingatkan pandai menyanyi je, tak sangka berlakon pun hebat. Tak kayu langsung, multi talented lah Hussain ni..

Meninjau di akaun Instagram milik Bambam Studios, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan penyanyi, Hussain Jamilul Hayat sedang menjalani latihan lakonan. Menerusi video tersebut, kelihatan Hussain begitu bersungguh-sungguh menghayati watak yang dibawakan meskipun masih di peringkat latihan.

Pada awal video, Hussain dilihat sedang menyanyi sambil berlakon seolah-olah sedang menggoreng nasi. Aksi tersebut mencuri perhatian kerana Hussain dilihat begitu selamba dan bersahaja ketika membawakan wataknya dan memperlihatkan sisi lain dirinya yang mungkin jarang dilihat peminat.

Tidak cukup dengan itu, Hussain kemudiannya dilihat berdialog bersama seorang lagi lelaki yang turut berada dalam sesi latihan berkenaan. Meskipun hanya sekadar latihan, penyanyi itu dilihat cuba memberikan yang terbaik dengan menjiwai setiap dialog serta pergerakan yang dilakukan.

Gaya Hussain ketika berlatih lakonan itu menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat gelagatnya selain tidak kurang juga yang meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan hasil lakonan Hussain sekiranya dia benar-benar terlibat dalam sebuah naskhah pada masa akan datang.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Omg so talenteddd.. Tak kayu pun berlakon. Believable tgh goreng nasi.. Bakal Hero Malaya ni Hussain ni.. “

” Alhamdulillah…rezeki Allah beri pada Hussain, cuba panggil sekali saka2 hussain berlakon pasti meletop.. Adam Malik, lagi satu tak dapat tag.. “

” Perghhh kemain budak ni terus casting berlakon meroket Hussain..  Serba boleh semoga dipermudahkan segala urusan adik.. “

” Uuiittt brlakon plak ke dak hussain oiii. Mesti best ni.. Tak sabar pula nk tengok dia berlakon drama, hehe.. “

” Kalo cmni punya sedap suara .. Goreng smpai hangit pun takpa.. Janji lama sikit dengar Hussain nyanyi.. “

” Ehh berlakon eh ucin imut kitaaaa.. Mendonia bttol dak hussain ni harap jgn LP diri da la yr sainss kekalkan apa yg ada skrg.. “

” Kalau geng puzle sekali blakon cofm meriah ni. Hehehe.. Skrip jgn lupe ucin.. Bile.. Bile.. Bile.. Bile.. “

Dalam pada itu, perkembangan tersebut pastinya membuatkan peminat semakin teruja untuk melihat sisi baru Hussain dalam dunia lakonan. Selepas mencuri perhatian menerusi bakat nyanyiannya, ramai berharap Hussain terus berani mencuba bidang baru dan memberikan kejutan menerusi bakat lakonan yang dimilikinya.

Tonton video di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG bambam_studios

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Power Bank

Trending

Copyright © Berita Kopak