Connect with us

Artis / Selebriti

” Slay betul slang kau dik, haha. Sebut petai tu macam omputih.. ” – Netizen

Video Anak Intan Ladyana, Evie Khadeeja Meminta Petai Daripada Daddynya, Harris Alif Buat Warganet Terhibur. Alahai Comel Sangat Evie Sebut Petai, Dah Macam Mat Salleh. Daddy Pun Tergelak Dengar. Evie Evie, Hantu Petai Rupanya !!

Evie Khadeeja merupakan cahayamata sulung pasangan Harris Alif dan Intan Ladyana. Evie dilahirkan pada penghujung bulan Januari tahun lalu dan bakal menyambut ulangtahun kedua pada bulan hadapan. Berwajah comel dan seiras dengan wajah Harris, Evie sering menjadi perhatian warganet.

Meninjau akaun Tik Tok Intan Harris Shop, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Evie ketika bersama Harris. Evie datang menghampiri Harris dan meminta sesuatu daripada daddynya itu. Evie menyebut ‘pattai’ sambil tangannya menunjukkan ke suatu sudut.

Klik gambar untuk info..

Harris bertanyakan kepada Evie apa yang Evie mahukan dan si kecil ini kembali mengulangi perkataan ‘pattai’. Dengan muka cute dan gigi dua batang itu, kecomelan Evie ini membuatkan warganet geram melihatnya. Peminat petai lah rupanya Evie ni.

Percakapan Evie ini menghiburkan warganet yang menonton video ini. Memetik komen warganet, sebutan Evie itu kedengaran seperti anak mat salleh. Sudah mula pandai bercakap, selepas ini tentu lagi banyak perkataan kelakar yang keluar dari mulut Evie.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )

@i.ladyana

Evie tak boleh makan petai lagi. Tunggu besar sikit k 😆

♬ original sound – Intan Harris Shop – Intan Harris Shop

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Macam best je dia sebut petai tu… macam ank mat saleh pulak bunyinya…. terulang banyak kali lah pulak haha.. ”

” Comelnya Evie sebut petai dengan gigi dua lagi tu haha.. wajahnya memang copy paste daddy sangat.. ”

” Kecik-kecik makan ulam, pandai dia..dia ingat kacang kot dek hehe.. cute je sebut pattai.. muka daddy sangat-sangat.. ”

” Pattaiii hehe alahai Evie.. comel la haha. clever girl sangat ni.. Pandainya cakap Evie ye.. mintak petai tu tak tahannya hehe.. ”

” Pandainya anak Daddy ni.. Pattaiii eee ger4mnya kita dengar.. pelat dia tu cute betul. evie sama macam anak bongsu acik suka makan petai.. ”

” Slay betul slang kau dik haha.. pattai tu macam omputih.. suka dengar… acik dah tua pun tak makan petai, kamu beso ni dah nak petai haha.. ”

” Alaha comel je dia sebut ‘pattaii’ tu.. so cute.. Evie dah pandai cakap lah.. suka dengar slang dia tu.. ”

Klik gambar untuk info..

Comel sangat lah Evie sebutan petai tu, slang mat salleh sangat ni. Baru setahun lebih umurnya sudah minat makan petai ye Evie. Apa-apa pun, semoga Evie terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang selalu menghiburkan hati mommy dan daddy.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Intan Harris Shop, IG Harris Alif

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT