Artis / Selebriti
” Mak dia cium bunga tu, aku yang nangis. Ada nada sebak dalam suara MIL Bunga ni.. ” – Netizen
Video Reaksi Ayah Dan Ibu Arwah Ashraf Sinclair Ketika Menerima Jambangan Bunga Daripada Bunga Citra Lestari. Alahai Lembutnya Suara Ibu Ashraf Ni. Sebak Suaranya Bagi Ucapan Untuk Bunga !!
Ketika Ashraf Sinclair dijemput Ilahi, ibu dan bapanya, Khadijah Abdul Rahman dan Mohamed Anthony John Sinclair adalah insan yang teguh berdiri di samping Bunga Citra Lestari dan berbulan-bulan menemani Bunga agar tidak merasa kesepian.
Hubungan baik Bunga dan mertuanya ini sememangnya dikagumi oleh ramai orang. Ibu Ashraf melayani Bunga dengan cukup baik seperti anak kandung sendiri. Bunga juga sangat baik dalam melayani kedua ibu dan bapa mertuanya ini.
Meninjau akaun Tiktok Dida Sinclair, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ibu dan ayah Ashraf mendapat jambangan bunga kiriman daripada Bunga. Merakamkan ucapan terima kasih mereka terhadap Bunga atas kiriman yang indah ini, video itu mendapat perhatian ramai.

Lembut sahaja tutur kata ayah dan mak Ashraf, tidak hairan lah Ashraf mewarisi sifat mereka ketika hayatnya masih ada. Mendengar ucapan ibu Ashraf membuatkan warganet merasa sebak dan tersentuh. Sungguh positif dan profesional ayah dan mak Ashraf. Mereka turut gembira Bunga kini menjalani kehidupan baru.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@dida.sinclair Salam Bunga and Noah. My sweethearts, thank you so much for your greetings and flowers. We love them and feeling so happy. We love you so much… ❤️
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 170 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sinclair family ni memang positive vibes. Memang beruntung siapa dapat jadi family mereka ni.. ”
” Ya Allah.. masih ada tak ayah dan ibu mertua seperti orang tua Ashraf no.. flower from flower.. ”
” Mertua tetap mertua, tiada istilah bekas mertua. Moga semua org akan happy.. tengok camni pun boleh keluar air mata.. ”
” Mak dia cium bunga tu, aku yang nangis.. sebab ada nada sebak dalam suara mil bunga ni.. sayangnya dia pada bunga.. ”
” No wonder ashraf sgt familyman, tengok la parents dia. untung dapat mertua baik camni.. kenapa aku tiba-tiba sedih.. ”
” Hubungan mereka kekal sampai bila2… mgkn BCL terima yg baru tu dan yg baru tu trm fmly asraf jg kan.. i am crying watch this…you both so lovely.. ”
” Baik sgt Mak pak mntua bunga.. rezeki ada mertua yang baik.. dorg mmg sporting n loving n always support each other forever.. ”
Betapa beruntungnya Bunga ada ibu dan bapa mertua yang baik dan menyayanginya seperti anak sendiri serta selalu mendokong segalanya yang Bunga ingin lakukan. Semoga Allah panjangkan usia kedua ibu dan bapa Ashraf Sinclair ini dan dikurniakan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Dida Sinclair
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen



