Artis / Selebriti
” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
Video Datin Shahida Dherbs pula bersuara isu mengapa Qadejah tidak lagi mahu berlakon bersama Hadie Elfardie. Alahai kesian Qadejah, ini sebab-sebabnya..
Selepas Qadejah Elzahra membuat permohonan maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dan tidak suka dengan gandingannya bersama Hadie Elfardie, Hadie juga melakukan hal yang sama di akaun media sosial miliknya. Isu ini terjadi setelah video lakonan Hadie dan Qadejah menjadi viral.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Anis.pana, telah dikongsikan pula satu video yang memaparkan penjelasan dan luahan hati Datin Shahida sebagai ibu kepada Qadejah. Kata Datin Shahida, pihak mereka tidak menyangka gandingan Hadie dan Qadejah akan mendapat impak seperti ini.
Niat mereka hanya untuk mempromosikan Sugeh Resort dan berkongsi rezeki bersama Hadie, namun lain pula jadinya apabila ramai yang mengecam Qadejah gara-gara dikenenkan bersama Hadie. Situasi ini membuatkan Qadejah agak cemas dan membuat keputusan tiada lagi mahu berlakon dengan Hadie.

Kata Datin Shahida, dia sendiri merasa tidak seronok kerana saban hari ada yang provoke dan memerli lakonan Hadie dan Qadejah. Mungkin ada yang mengganggap gurauan apabila memerli menyebut kuda, senduk tetapi bagi Datin Shahida sendiri, ianya sesuatu yang tidak sedap dibaca dan didengar.
Jom tonton video di bawah :
@anis.pana
Lebih 500 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kesian hadi dan cess…. lakukannya terbaik sopan.. bg sy bila hadie dgn cess berlakon, secara x langsung dia memberi satu contoh yg baik tuk ank² sekarang dlm berkawan dgn cara yg lebih sopan.. “
” Asyik sebut2 je dalam live… blh mnyebabkan…. hadie tak selesa bkjsma dgn org lain, atau org lain tak. selesa bkjsma dia… kesian.. baru nk.trbukak jln rezeki.. di buat mcm tu.. “
” Sepatut nye tak yah Komen dkt sugeh resort.. bende ni jadi lagi teruk tak best.. kita tau dia just gurau tapi ssetengah fans tak faham.. sebab tu ramai fans serang cess jadi diorg decide tak nak teruskan.. harap sangat short drama Antara Dua Darjat Hadi nga Qadejah tak cancel sayang kutt.. kalau cancel hilang satu job Hadi.. “
” Betul.. sya x suka time live dok bahan2 hadie.. rilekss suda.. membuatkan org yg tgh bekerjasama dgn Hadie x selesa… kesian Hadie jdi mangsa… harap ada lagi rezeki Hadie lepas ni,dgn sespa² pun x kisah,krja is krja kn.. “
” Betul.. jd x syok weyh.. bahan sikit2 ok la .. hadi buat apa mesti nak bahan.. selalu saya masuk live diorg.. “
” Netizen tak rilek. serius la. biarlah bdk2 ni nk jalankan kehidupan remaja. hadie pun kerja kot bukan nk bercinta ke apa. kalo sayang kenapa kecam harusnya support la kan.. “
” Jalan teruih je datin, actually sya suka layan drama cess & hadie tu, so slumber… kami nak sambungan lagi.. Hadie baru nak bermula plsss la netizens, jgn sbb korang career Hadie terganggu… Cess pun mentally tired… kesianlah.. “
Pelbagai pandangan diberikan oleh warganet dan masih ramai yang menyokong usahasama Hadie dan Qadejah. Berita gembira untuk semua, mereka akan kembali shooting pada bulan hadapan dan semoga semuanya berjalan lancar dan tiada lagi perli memerli dan mengecam.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Anis.pana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

