Artis / Selebriti
” Showmanship Anggrek memang habis terpelanting yang lain.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Anggrek membawakan lagu Diam Diam Jatuh Cinta buat ramai terhibur. Fuh kecil kecil cili padi lah Anggrek ni. Walaupun badan kecil tapi confident level tu kalah orang besar..
Anak Adira Suhaimi, Anggrek merupakan peserta paling muda dalam program realiti TV, Talk To My Manager musim 2 (TTMM2). Memasuki minggu ke 3, Anggrek menjadi salah seorang peserta kegemaran ramai kerana aksinya menyanyi di pentas yang menghiburkan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak dan F8buzz, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Anggrek semalam. Anggrek mendapat tugasan untuk menyanyikan lagu popular Ramlah Ram berjudul Diam Diam Jatuh Cinta.
Seperti minggu sebelumnya, Anggrek memberikan persembahan yang terbaik dan mendapat sorakan daripada penonton di auditorium. Walaupun usia Anggrek baru 9 tahun, namun tahap keyakinan dirinya begitu tinggi dan itu yang menjadi keistimewaan untuk anak sulung Adira ini.

Gaya Anggrek menyanyi disertai tarian yang lincah menghiburkan penonton. Anggrek seorang kanak-kanak yang berani dan menceriakan program TTMM2. Kelincahan Anggrek itu berjaya menawan hati penonton dan membuatkan warganet berharap agar Anggrek akan ke peringkat akhir nanti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Geram tgk anggerik ni, confident dia tu mcm dia lupa yg saingan dia dewasa mmg x pernah mengecewakan setiap minggu persembahan.. “
” Comel Anggrek.. Confident level tinggi.. Auntie Salute.. Confidence at her age is truly magnificent. So cute anggrek quinn.. “
” Power la klu kte performance skola je kut.. dia msk tv.. slayy lah Anggrek.. Small size with big energy.. showmanship Anggrek mmg hbs terpelanting yg lain.. “
” Confident level angrek A++.. tahap berani dia tu paling bagus.. Anggrek kelebihannya YAKIN.. itu yg buat dia bertahan. Hehe.. “
” Wow … Anggerek sangat berbakat sma mcm ibunya.. lincah betul Anggrek ni. so far Anggrek paling konsisten tiap2 mggu showmanship best.. “
” Mak kau pula adiraaaaaa mana tumpahnya kuah klw tak ke nasiii 10/10 utk pmguasan pentas body language.. kecil2 cilipadiiii.. “
” Tak percaya dia baru 9 tahun ??? Her talents and professionalism melebihi her age. Sumpah tak kenal Anggrek ni pada awalnya but she catch my attention. Riak muka, pengawalan pentas, she can dance and sing at the same time ? Love sangat, she have the entertainer vibes.. “
Keyakinan yang Anggrek ada tidak sepadan dengan usianya yang masih muda. Anggrek ada aura seorang penghibur dan tidak mustahil apabila Anggrek dewasa nanti, Anggrek boleh menjadi penyanyi sehebat ibunya. Semoga Anggrek dapat melakukan yang terbaik untuk minggu akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG f8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

