Artis / Selebriti
” Dahsyat Cik B, gempak satu MBSA. Suka tengok dia goyang.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Cik B membawakan lagu Bila Cinta Didusta dalam versi dugem di pentas Talk To My Manager buat ramai terhibur. Fuh memang mega lah persembahan Cik B. Lagu jiwang berubah jadi dugem, memang havoc..
Cik B salah seorang peserta Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) yang dinanti-nantikan oleh ramai orang. Cik B sejak awal sudah memberitahu, penyertaannya dalam program ini bukan lah untuk merebut wang ringgit tetapi lebih kepada menonjolkan kemampuan yang ada pada dirinya.
Jika pada minggu lalu persembahan Cik B penuh beremosi menyanyikan lagu Salahku, minggu ini Cik B tampil dengan satu persembahan yang wow di mata penonton. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, F8buzz dan Official Hlive, telah dikongsikan persembahan Cik B di minggu 3 yang berlangsung semalam.
Pada minggu ini, Cik B membawakan lagu hits nyanyian asal kumpulan Screen berjudul Bila Cinta Didusta. Lagu era 90-an ini adalah lagu slow rock dan Cik B mempersembahkan genre yang berbeza dengan lagu asal ini. Slow rock diubah menjadi dugem, ianya satu kelainan yang di luar jangkaan warganet.

Cik B kelihatan begitu enjoy sepanjang persembahannya itu dan mendapat sorakan daripada penonton di auditorium. Malah juri jemputan, Dato’ Ramli MS dan juga juri tetap, Dato’ AC Mizal juga memuji persembahan ini sebagai satu persembahan yang mega untuk visual.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Paling di tunggu cik B punya perfomance setiap minggu… mantappp… teruskan usaha.. cik b memang menghiburkan dan gempak.. “
” Kelakar cik B..tetap doakan cik B jadi juara..banggakan dato vida.. Dasyat Cik B, gempak satu mbsa.. “
” Percaya lah tone ni akan viral.. Orang cakap dia biasa biasa je . Tapi sbb dia aku subscribe astro.. persembahan dia dgn hussain aku paling tunggu . Hussain pakej lengkap . Cikb pulak menghiburkan.. “
” Nama pun entertaiment realiti show. Nk bt mcm mna? Program ni pun bukan lebih pada nyanyian kan Tp lebih pada kretiviti manager sbb nk manage artis tu mcm mna.. “
” Cik B join bukan sbb nak duit tu, sbb nak enjoy jer, sy ske jer tengok dia goyang, percaya diri.. terbaik lah Cik B.. “
” Kebanyakkannya nak tengok cik B nyanyi wlupun suara krg tepi kita enjoy tengok terbaik cik B.. Meriah betul persembahan cik b minggu ni.. “
” Walaupun tahu suara cik b memang ke laut tapi sebab cik b lah aku tengok ttmm tiap minggu.. cik b ni penceria ttmm tau.. ikut joget yang dekat rumah tengok cik b.. “
Jika ingin dinilai dari segi suara, mungkin Cik B bukan lah pemenang di hati semua orang tetapi persembahan Cik B menghiburkan ramai. Penampilan DJ Kidd dan Roy Bundle pula memeriahkan lagi suasana. Tahniah Cik B kerana berjaya melangkah ke minggu ke 4. Teruskan usaha dan lakukan yang terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG F8buzz, IG Officialhlive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

