Artis / Selebriti
” Lawak la Hussain menari tapi part suara memang goosebump lah.. ” – Komen Netizen
Video aksi Hussain menari sambil menyanyi lagu Ku Ke Udara Lagi di pentas Talk To My Manager raih perhatian ramai. Kelakar lah part Hussain menari tapi sangat menghiburkan. Yang penting, suara Hussain memang power..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, F8buzz dan Official Hlive, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Hussain Jamilulhayat di pentas konsert minggu 3 Talk To My Manager (TTMM) musim 2 yang bersiaran semalam.
Lagu Francissca Peter bertajuk Ku Ke Udara Lagi menjadi pertaruhan Hussain minggu ini. Penampilan Hussain agak berbeza dengan minggu lalu supaya sesuai dengan lagu yang dibawanya itu. Lagu ini berentak rancak dan memerlukan Hussain untuk menari.
Ianya juga kali pertama Hussain menari dan Hussain kelihatan agak kekok di atas pentas. Bukan mudah untuk mengingati langkah tarian supaya tidak nampak janggal di atas pentas, namun Hussain tetap melakukan yang sebaiknya untuk menghiburkan penonton di auditorium dan di rumah.

Memetik komen warganet, tarian Hussain boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang. Menurut mereka, mereka hanya ingin mendengar suara merdu Hussain sahaja dan tidak menilai tarian Hussain itu. Dato’ AC Mizal dan Che Puan Sarimah juga memuji vokal Hussain membawakan lagu ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Kami org ipoh mendoakan semoga juara milik awak hussin.. aku x nak tgk dia nari…aku nak dgr suara dia je sambil pejam mata.. “
” Wlupun dance dia sumbang tapi vocal dia tetap maintain merdu.. tak per Husain .. biarpun menari x gah seperti org lain. Suara sentiasa power.. “
” Ok jer dia nyanyi , cuma menari tu bukan jiwa dia..orang nak dengar dia nyanyi bukan nak tengok dia nari.. Hussain tetap nombor syatuu dek.. “
” Hahhahaha terbaik hussain xpe menari tu akan drg lagi mantap.. teringat pulak Hadie tahun lepas.. apa apa pun, suara Hussain memang padu.. “
” Haha lawakk la Hussain menari. tapi part suara memang goosebump lah. merdu dia tu lain macam.. memang best Hussain.. “
” Jgn risau walaupun menari nampak canggung.bab vocal Husain mengatasi peserta yg lain.. Teruskan usaha… Moga dipermudahkan segala urusan.. “
” Good job Hussain. belajar dulu menari walau pn x segah org lain. Hussain pasti boleh. InshaAllah.. juara insha Allah boleh dapat ni.. “
Minggu yang mencabar untuk Hussain kerana ini kali pertama Hussain menari seperti ini. Sekali pun tarian Hussain agak kaku, namun vokal Hussain memang terbaik. Good luck Hussain untuk minggu hadapan membawakan lagu Dato’ Awie berjudul Di Ambang Watie.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG f8buzz, IG Hlive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti4 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya dah fikir, Ya Allah kalau benar anak aku sakit macam ni, aku sanggup nak derma.. ” – Datin Shahida

